Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 8 May 2013

Sudah lama DAP main isu sentimen perkauman - Aminah







Aminah Abdullah

PULAU PINANG 7 Mei - Barisan Nasional (BN) sepatutnya memainkan sentimen perkauman sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana pembangkang khususnya DAP melakukannya sejak awal lagi.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah berkata, ketika ini sudah agak terlambat isu berkenaan dimainkan oleh BN berikutan 'kemusnahan' teruk telah pun berlaku.

"Pembangkang khususnya DAP begitu lantang bercakap soal perkauman di atas pentas ceramah bukan sahaja sebelum kempen PRU-13 berlangsung tetapi sejak dua tiga tahun lalu.

"Mereka menanam persepsi kepada orang Cina bahawa di negara ini hanya orang Melayu dan UMNO yang mengaut segala-galanya sedangkan hakikat itu tidak benar sama sekali.

"Sentimen ini kemudiannya turut disemarakkan oleh pemimpin PKR yang berceramah di hadapan puluhan ribu orang Cina terutama di negeri ini yang membuat tuduhan UMNO bersikap perkauman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aminah berkata, budaya politik perkauman yang diterapkan pemimpin DAP terhadap orang Cina ternyata berjaya apabila mereka mencatat kejayaan besar dalam PRU-13 di negeri ini.

"Selama ini orang Melayu berbudi bahasa dan terlalu menjaga hati orang Cina sehingga tidak sanggup untuk memainkan isu perkauman tetapi DAP mengambil kesempatan dan orang Cina seolah-olah bersetuju pula," ujarnya.

Bercerita tentang sikap perkauman yang diamalkan oleh pemimpin DAP, Aminah berkata, beliau sendiri pernah mengalaminya.

Dalam satu kejadian di Padang Kota Lama di mana penjaja Melayu diusir, beliau berjumpa pemimpin dari parti tersebut untuk menyuarakan masalah yang dihadapi.

"Saya terkejut apabila pemimpin DAP terbabit mengatakan beliau melihat warna kulit sambil menunjukkan lengannya.

"Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Mereka membenarkan peniaga Cina berniaga di New Lane dan menutup laluan bermula pukul empat petang sehingga 12 tengah malam tetapi peniaga Melayu di Padang Kota Lama diusir macam pengemis.

"Jadi memang DAP sangat rasis. Mereka naik minyak apabila ada pemimpin dari PKR dan Pas turut bersama mereka di atas pentas -pentas ceramah," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam mengenai sikap orang Cina yang tidak mengenang budi BN, Aminah berkata, luahannya ada asas.

"Ali jenis kurang cakap tetapi kerja jalan. Lihat hasilnya di Melaka bagaimana negeri itu muncul sebagai negeri tarikan perlancongan yang dikunjungi pelancong dari seluruh dunia.

"Di bawah pentadbiran Ali, beliau membangunkan Melaka dengan hebat dan limpahan ekonomi dinikmati semua kaum terutama peniaga-peniaga Cina yang tinggal di kawasan bandar, bukan Melayu semata-mata," jelasnya.


No comments: