Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 23 May 2013

Pencegahan jenayah ditingkat




KUALA LUMPUR 22 Mei - Dalam usaha mengurangkan jenayah dan meningkatkan keyakinan masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah yang memberi tumpuan khas dalam usaha mencegah jenayah di negara ini.

Penubuhan jabatan tersebut bakal menjadikan jumlah jabatan dalam PDRM kini bertambah sembilan jabatan.

Ketika ini, PDRM memiliki lapan jabatan utama terdiri daripada Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Logistik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pasukan Petugas Khas yang diketuai oleh pengarah berpangkat Komisioner Polis (CP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seperti lapan jabatan yang sudah ada dalam PDRM, Jabatan Pencegahan Jenayah turut diketuai seorang pengarah berpangkat CP di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata, jabatan tersebut turut menempatkan pegawai dan anggota di peringkat kontinjen dan daerah di seluruh negara.

“Jabatan baharu ini bertanggungjawab memastikan perancangan cegah jenayah diberikan perhatian khusus.

“Kita memberi tumpuan dan fokus yang lebih terhadap usaha menangani masalah jenayah kerana perkara ini menjadi kegusaran kepada masyarakat di negara ini," katanya dalam wawancara sempena pelantikan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin dan pegawai-pegawai kanan PDRM yang lain.

Menurut Khalid, Jabatan Pencegahan Jenayah dijangka boleh beroperasi dalam tempoh terdekat ini selepas mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata, sasaran utama sebaik sahaja dilantik sebagai KPN ialah mencapai jenayah sifar sebab itu beliau menyarankan penubuhan jabatan baharu terbabit, di samping menambah baik beberapa pendekatan yang sudah ada dalam PDRM.

Beliau berkata, pihaknya juga akan meneruskan pendekatan Konsep 4P iaitu Pelindung, Proaktif, Prestasi dan Penumpuan yang diperkenalkan oleh bekas KPN, Tan Sri Ismail Omar tetapi akan dimantap dan dikemaskinikan lagi selepas ini.

“Saya dan timbalan saya sedar kami mengambil alih jawatan pada masa sukar dan mencabar tetapi sebagai satu pasukan, kami bersedia menghadapi apa jua cabaran akan datang.

“Kita akan jalankan tugas secara proaktif untuk memberi tumpuan kepada masyarakat kerana penting bagi mengukur prestasi perkhidmatan kita kepada mereka," katanya.

Selain itu, Khalid berkata, turut diberikan tumpuan ialah menjaga ketenteraman awam. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar mematuhi undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Khalid berkata, walaupun Akta Perhimpunan Aman 2012 sudah diwartakan dan polis perlu menghormati hak asasi manusia termasuk membenarkan perhimpunan diadakan tetapi dalam masa sama pihak yang terlibat menganjurkan perhimpunan juga harus mematuhi undang-undang yang digariskan dalam akta tersebut.
 

No comments: