RAMAI yang ternanti-nanti apa yang akan saya tulis mengenai sikap
orang Cina hasil keputusan PRU-13, Ahad lepas. Oleh kerana semua orang
sudah tahu warna kulit sebenar orang Cina Malaysia, maka saya enggan
mengulas mengenai mereka.
Saya telah membuat ramalan sejak beberapa tahun lalu mengenai sikap
mereka. Orang Cina Malaysia: Apa lagi yang anda mahu (28 April 2010),
kini telah bertukar menjadi: Anda mahu kesemuanya?
Saya mengakui orang Cina cukup bijak. Mereka adalah bangsa yang
cerdik dan pintar. Perlu diingat, darah yang mengalir dalam tubuh mereka
adalah darah ketamadunan 5,000 tahun bangsa itu.
Hakikatnya mereka
merasakan mereka boleh hidup tanpa orang Melayu di bumi Malaysia ini.
Kehidupan mereka adalah wang, sekolah Cina, bahasa Cina dan budaya
Cina. Itu sudah cukup bagi orang Cina Malaysia. Yang lain-lain tidak
penting.
Saya tidak mahu bercakap mengenai orang Cina Singapura, kerana pemikiran Cina di Singapura tidak setaraf orang Cina Malaysia.
Di Singapura mereka tidak ekstrem kepada pendidikan kecinaan, kerana
dasar kerajaan Cina Singapura sendiri yang tegas dan enggan melayan
permintaan bangsa mereka sendiri di situ. Lee Kuan Yew ternyata berjaya
apabila menyingkirkan legasi pemikiran kolot Cina Tanah Melayu ke dalam
sistem awal pemerintahan Republik Singapura.
Di Malaysia, malangnya pemikiran itu berterusan sehingga ke hari ini.
Pemimpin terdahulu Malaysia tidak setegas Kuan Yew. Pemimpin Melayu
terlalu apologetik, tak apalah.
Sepanjang yang kita maklum, orang Melayulah yang sepatutnya terasa
hati apabila pentadbiran Najib selama empat tahun ini, menggunakan
pelbagai pendekatan jaga hati kepada orang Cina.
Oleh kerana itulah corak pemikiran dan sikap mereka yang tidak
cukup-cukup, maka saya tidak berminat mahu membincangkan mengenai soal
Cina dan kecinaan dalam minggu ini. Tinggalkan mereka. Lagipun, mereka telah memilih untuk menyisihkan
diri mereka sendiri, akibat termakan tipu daya DAP yang mengatakan
Malaysia kali ini adalah milik mereka.
Akibatnya, hari ini saya mendengar ada antara tokoh-tokoh Cina
merungut, kemungkinan akan hilang perwakilan mereka dalam kerajaan
kerana dengan izin Allah Taala sekali lagi memperkenankan kerajaan
Malaysia (terus) diterajui oleh orang Melayu.
Sekarang saya mahu bercakap mengenai bangsa saya. Bangsa saya yang
tidak putus-putus saya leterkan sejak saya mula menulis kolum ini empat
tahun lalu. Saya tidak akan putus asa untuk bercakap mengenai bangsa itu
sehinggalah hayat dikandung badan.
Selagi saya hidup, selagi itu saya akan bercakap mengenai bangsa
saya, orang Melayu, walaupun ada yang akan menuduh saya sebagai
assabiyah, rasis dan ultra.
Saya amat kasihan melihat orang Melayu. Satu bangsa yang cukup layu
dari segi pemikiran mereka. Satu bangsa yang cukup beremosi dari segi
perasaan mereka. Satu bangsa yang cukup merendah diri dari segi
pergaulan mereka. Satu bangsa yang cukup apologetik (satu istilah yang
cukup popular sekarang ini) terhadap orang lain.
Bangsa Melayu yang cukup pemalas dari segi berusaha (itu bukan saya
cakap tetapi orang yang mula menjajah Tanah Melayu ini dahulu). Bangsa
yang tak kaya-kaya, walaupun segala macam diberikan kepada mereka hasil
Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Satu bangsa yang tidak peduli apa pun yang akan berlaku kepada tanah air sendiri walaupun terpaksa akhirnya merempat.
Itulah Melayu. Melayu yang telah berpecah kepada tujuh golongan.
Selama ini orang Melayu Bumiputera di Tanah Melayu Malaysia ini,
terutamanya orang UMNO mendabik dada mengatakan bangsa Melayulah bangsa
majoriti negara ini. Mereka bangga dengan ungkapan itu. Dalam buku-buku
sekolah, fakta itulah yang dicanangkan.
Tapi benarkah? Benarkah orang Melayu majoriti? Saya sudah menulis
beberapa kali mengenai perkara ini, tetapi saya masih mahu
mengulanginya. Bagi saya tidak salah untuk mengulanginya sehinggalah
orang Melayu sendiri bosan mahu mendengarnya.
Atas kertas pun orang Melayu hanya kira-kira 67 peratus sahaja. Kita
bukannya 70 peratus atau lebih 80 peratus seperti Cina di Singapura. Apa
besarnya 67 peratus itu? Daripada 67 peratus itu Melayu berpecah kepada
tujuh golongan, yang tidur sebantal mimpi lain-lain.
Melayu UMNO dan Melayu Pas adalah satu-satunya fraksi atau pecahan
sejak zaman pasca merdeka. Pada peringkat itu hubungan mereka tidaklah
sekejam dan sekasar sekarang.
Kini Pas terlalu bermusuh dengan UMNO sehinggakan UMNO dianggap bukan
Islam. UMNO pula semasa gergasi, tidak pandang pun Pas. Pas hanya mahu
dibawa berunding atas nama perpaduan ummah ketika UMNO tersepit, itu
kata oranglah.
Pas dalam era Nik Aziz menganggap golongan mereka bukan Melayu, mereka hanya Islam.
Sekitar era awal 1990-an timbul pula duri dalam daging Melayu, maka
lahirlah PKR yang cukup ekstrem tetapi hanya berjuang untuk
menyelamatkan maruah seorang insan bernama Anwar bin Ibrahim. Melayu
telah pecah tiga.
PKR yang pada mulanya tidak mempunyai falsafah perjuangan yang jelas kini semakin kuat. Ia hidup atas semangat populis.
PKR hidup di atas suara lantang Anwar Ibrahim. Malam ini dikhabarkan
Anwar mahu membuat perhimpunan besar-besaran, sekali lagi saya
beranggapan dia mahu menyelamatkan tengkoknya sendiri.
PRU-13 ini Anwar kalah, buat kesekian kalinya. Jika dia kalah, maka
kes liwatnya akan terus dibicarakan. Dia amat takut dengan perkembangan
itu. Itu sahaja perjuangannya.
Kini ada orang Melayu pun sudah memasuki DAP, satu parti yang
kecenderungannya cukup jelas kepada perkauman. Namun orang Melayu tidak
kisah itu semua, asal gelora hatinya terubat. Saya kenal dengan beberapa
orang Melayu yang berada dalamnya. Aku marah kepada UMNO, aku masuk
DAP".
Melayu Liberal, melahirkan Melayu yang tidak peduli. Yang menerima
pelakuan seks bebas dan sejenis. Mereka ini kononnya berakalkan Barat
bebas yang ada antaranya tidak percayakan ketuhanan, apa lagi
kebangsaan.
Melayu Atas Pagar yang gagal membuat keputusan dan ada antara keputusan mereka berdasarkan emosi sosial media mutakhir.
Akhir sekali ialah Melayu NGO yang tumbuh bagaikan cendawan di kala
wujudnya kelemahan dalam UMNO. Golongan ini biasanya mempunyai mindset
yang tersendiri, yang kadang kala tidak jelas sama ada ia bergerak
seiring dengan aliran perdana atau untuk kepentingan sendiri.
Terkini, kecelaruan orang Melayu semakin menjadi-jadi apabila wujud
pula kumpulan yang bukan-bukan dalam masyarakat itu. Fahaman Syiah kini
dikatakan berkembang, begitu juga Wahabi, begitu juga Al-Arqam dalam
bentuk yang samar-samar dan begitu juga dalam aliran-aliran lain yang
menyisihkan terus diri mereka daripada arus perdana induk kemelayuan
itu.
Jadi, tidak hairanlah apabila 25 peratus Cina bersatu, maka ia boleh
membentuk satu gelombang yang menakutkan orang Melayu. Najib Tun Razak
menyaksikan di depan matanya sendiri bagaimana tsunami Cina ini melanda
politik Malaysia dalam PRU-13.
Jadi apa penyelesaiannya? Kita bukan mahu menghukum orang Cina,
kerana mereka bijak dan cerdik dalam membuat percaturan politik untuk
kepentingan bangsa mereka sendiri. Kita tahu mereka kiasu, pentingkan
diri sendiri, tamak. Itu adalah ciri-ciri mereka. Dan ia tidak salah.
Masalahnya ialah kita sendiri, orang Melayu. Tanpa pertolongan Allah
SWT saya percaya tsunami Cina itu akan menjahanamkan keseluruhan sistem
Melayu di negara ini.
Alhamdulillah orang Melayu di Malaysia ini masih dilindungi oleh Yang
Maha Esa. Kita harus percaya itu. Orang Pas dan Anwar harus redha
dengan ketentuan Illahi itu.
Bukan tembok batu yang menyekat kemaraan tsunami Cina itu, tetapi
hasil pertolongan Allah, divine intervension kepada umat-Nya di bumi
bertuah ini.
Tetapi sampai bila Allah mahu melindungi umatnya yang lemah ini.
Selagi mereka tidak berusaha mengubah diri mereka sendiri, maka Allah
tidak akan mengubah nasib mereka. PRU-14 sekiranya mereka masih alpa
begini, tunggulah akibatnya. PRU-13 adalah peringatan yang cukup
bernilai.
Wahai umat Melayu, ayuh bersatulah. Marilah kita membentuk Malaysia Baru. UMNO Baru. Pas Baru. Melayu Baru.
Ingatlah, Najib mengangkat sumpah sebagai PM kelmarin adalah hasil
daripada undi mutlak orang Melayu, orang Melayu dan Pribumi Sabah dan
Sarawak yang masih rasional. Bantulah mereka. Angkatlah mereka.
Sokonglah mereka. Jangan jauhkan hati mereka. Jangan gundah-gulanakan
hati mereka.
Tugas utama Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin atau Ustaz Hadi
Awang, Ustaz Haron Din, Ustaz Harun Taib atau Ismail Mina atau Dr. Hasan
Ali dan sesiapa sahaja yang lain adalah untuk menyatupadukan semula
orang Melayu.
Melayu selama ini telah ditipu dan terus ditipu oleh orang lain.
Wahai bangsaku sekalian, tahukah anda bahawa istilah Ini kali lahhh..."
adalah loghat slanga Cina! Tetapi ia dibawa dengan megahnya, dengan
bersemangatnya oleh orang Melayu, anak-anak Melayu dan muslimah-muslimah
Melayu.
Cukuplah. Melayu tidak rela ditipu lagi, disuap lagi. Cukuplah.
No comments:
Post a Comment