PADANG RENGAS 11 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan siri perhimpunan haram
membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana amat kecewa
setelah gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata,
Anwar dan Kit Siang begitu yakin pakatan pembangkang mampu menubuhkan
Kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum lalu kerana mempunyai kerjasama
serta sumber kewangan kukuh selain sokongan pihak luar.
Katanya, berbanding 2008, pembangkang dalam pilihan raya umum lalu
bertanding dengan sokongan kewangan dari empat negeri termasuk dua
negeri yang kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
"Jadi, betullah dia (pembangkang) kata PRU-13 adalah ibu kepada
segala pilihan raya umum. Tengok-tengok tidak menang, maka kecewalah.
"Anwar boleh terus kecewa sebab lima tahun lagi umur dia sudah 71
tahun. Sama juga dengan Kit Siang kerana hendak ambil Putrajaya sudah
jadi perkara mustahil," katanya kepada pemberita selepas majlis
kesyukuran meraikan kemenangan BN di Parlimen Padang Rengas di Sekolah
Kebangsaan Tanah Merah, di sini hari ini.
Sementara itu, ditanya tindakan Anwar dan Kit Siang mempertikai BN
masih menjadi kerajaan sedangkan pakatan pembangkang menang undi
popular, Mohamed Nazri berkata, mereka sepatutnya sudah faham sistem
pilihan raya di negara ini.
Katanya, berdasarkan sistem pilihan raya di negara ini, kemenangan
dikira berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti yang bertanding.
"Kamu sudah masuk bertanding dan sudah tahu peraturan permainan itu,
tetapi apabila keputusan keluar, kamu hendak tukar. Ini saya beritahu,
rumah siap, pahat masih berbunyi.
"Dua Ahli Parlimen ini 'gila' hendak jadi Perdana Menteri dan
menteri. Bercita-cita sangat dan apabila tidak menang, mereka cari
alasan," katanya.
Menurut beliau, pembangkang sebenarnya hipokrit kerana dalam masa sama menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dan Kelantan.
"Di sini tidak setuju dengan keputusan tetapi di sana berebut hendak
jadi Menteri Besar Selangor. Di Pulau Pinang dan Kelantan sudah ada
kerajaan.
"Orang dia (Anwar) sudah setuju. Orang Selangor pun sudah hantar nama
(Menteri Besar) tetapi (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat), Azmin
Ali baru sedar nama sudah dihantar. Maknanya, dia setuju keputusan
pilihan raya," katanya.
Sementara itu, kata Mohamed Nazri, pengundi Cina silap pertimbangan
selepas memberi sokongan mutlak kepada pakatan pembangkang dalam PRU-13
kerana beranggapan hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera akan
dihapuskan sekiranya kerajaan BN berjaya ditumbangkan.
Kata beliau, pengundi Cina tertipu kerana sama ada BN atau
pembangkang menjadi kerajaan, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
serta agama Islam tetap tidak akan dipinda.
Beliau yakin semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Melayu serta Islam dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
tidak sanggup menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
serta agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Saya kira kalau Anwar menjadi Perdana Menteri pun, ingat dia berani hendak hapuskan hak Melayu dan bumiputera?
"Saya hendak tanya dia, Anwar, kalau 'hang' tubuh kerajaan, 'hang'
berani hendak hapuskan hak orang Melayu? Saya hendak tanya Abdul Hadi
dan Mahfuz Omar, kalau mereka tubuh kerajaan, berani tak hapuskan (hak
Melayu)," katanya.
Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata,
sekiranya Anwar dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sanggup
berbuat demikian, mereka perlu memulakannya di Selangor dengan membuang
segala peruntukan berkaitan kepentingan Melayu dan bumiputera serta
Islam dalam Perlembagaan negeri itu.
Menurut beliau, sudah jelas walaupun pakatan pembangkang boleh
menubuhkan kerajaan dan meminda Perlembagaan, ahli Parlimen dan ADUN
Melayu serta Islam dalam Pas dan PKR tidak berani menghapuskan hak-hak
orang Melayu dan Islam.
"Bagi masyarakat Cina, mereka tertipu dan hanya mengejar pelangi.
Siapa sahaja menjadi kerajaan, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta
kedudukan agama Islam tidak akan dipinda oleh sesiapa termasuk pakatan
pembangkang," katanya.
Mohamed Nazri berkata, pengundi Cina menolak BN kerana merasakan
kerajaan tidak ikhlas melaksana konsep 1Malaysia kerana masih
mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
Sedangkan, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
sejak awal lagi menegaskan konsep 1Malaysia itu berpaksikan Perlembagaan
Persekutuan yang mempertahan golongan bumiputera dan Melayu tanpa
meminggirkan kaum-kaum lain.
KOMEN : ORANG BODOH AJE YANG TERMAKAN JANJI PENIPU ANWAR DAN LKS... TERMASUK SO CALL ORANG MELAYU ELITE KONON... PAKAI KETA RECON PUN NAK BERLAGAK...
No comments:
Post a Comment