Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 8 March 2011

Jangan bangkit isu perkauman


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 7 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, Seri Paduka memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Seri Paduka sehubungan itu menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

Titah Seri Paduka, kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

"Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, malah hari hari-hari perayaan agama yang mempunyai penganut teramai dijadikan hari cuti umum.

"Ini menunjukkan amalan kesederhanaan dan keterangkuman seperti dianjurkan oleh Islam telah diamalkan dengan subur di negara ini," titah Seri Paduka pada perasmian mesyuarat pertama penggal keempat Majlis Parlimen yang kedua belas di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Tuanku Mizan bertitah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diiktiraf sebagai antara elemen penting dalam pembangunan masyarakat sivil dan Seri Paduka berharap dalam melaksanakan program-program dan aktiviti, NGO hendaklah mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara.

Berbanding dengan negara-negara tertentu, Seri Paduka bertitah, ketenteraman dan keharmonian di negara ini adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dipelihara.

"Komitmen kerajaan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat melampaui sempadan negara terserlah melalui usaha membawa pulang pelajar-pelajar yang terhimpit dalam pergolakan di Mesir melalui Ops Piramid bulan lalu.

"Sehubungan itu, beta merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut serta negara-negara sahabat terutamanya kepada kerajaan Arab Saudi yang telah banyak membantu mempermudahkan Ops Piramid," titah Tuanku Mizan.

Tuanku Mizan dalam pada itu menyeru semua pihak mengekalkan keharmonian dan maruah negara serta menjadi warga yang baik, bertanggungjawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan setiap ahli Parlimen supaya memperlihatkan tingkah laku terpuji, berbahas dengan tertib, menyumbang pemikiran yang bernas, melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Beta mengingatkan bahawa tingkah laku Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini (Dewan Rakyat) sentiasa diperhatikan dan menjadi teladan kepada masyarakat. Ingatlah, rakyat sentiasa menuntut perkhidmatan yang terbaik dari setiap pemimpin yang mereka pilih," titah Tuanku Mizan.


KOMEN : DAULAT TUANKU

1 comment:

Onna said...

tapi masih ada baghal-baghal yang tak paham2, duk malaysia dan bertahun2...rasanya nak matipun di malaysia... masih ada hati nak porak perandakan negara yang tercinta ni... tak boleh ke kita hidup terus menerus dalam aman damai... ini tak nak bercekau ajer... ada ajer cara dan jalan nk berdemonstasi...menteri KDN tu jgnlah kecut perut jer...asiklah amaran amaran amaran..sampaikan nama dia org lupa..tapi bila ckp menteri amaran baru org ingat... hah jgn bagi amaran ajer... benda ni kena amek serius... esok bila dah jadi baru nak terkial2 menangkap..dah terlambat dah Hishamuddin oooiii...