Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 22 March 2011

ITU BUKAN SAYA


Video seks pemimpin pembangkang didedah
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Mac - Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Menurut Datuk T, rakaman itu diperoleh apabila beliau diarahkan oleh ahli politik tersebut supaya mengambil jam tangan berkenaan.

"Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya. Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.

"Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya," katanya.

Datuk T menambah, beliau mahu pemimpin pembangkang itu bersara daripada politik sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan kepada umum.

Justeru, beliau akan menyerahkan satu salinan video tersebut kepada ahli Parlimen itu serta isterinya dalam masa terdekat supaya mereka sendiri boleh mengesahkan identiti individu yang dirakam melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 20-an itu.

"Jika beliau dan isteri tidak berundur daripada politik dalam masa tujuh hari selepas menerima salinan video tersebut, saya akan menyerahkannya kepada satu panel pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli forensik bagi menentukan keaslian rakaman itu.

"Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini? Saya sudah muak dengan segala pembohongan, cukuplah dan kini masyarakat awam perlu mengetahui perkara sebenar," tegasnya.

Bagaimanapun, Datuk T enggan menyerahkan salinan video tersebut kepada pihak media kerana khuatir ia akan disebarkan secara tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab memasang CCTV berkenaan serta tujuan ia dipasang, namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel kerana ahli politik tersebut dikenali ramai dan pernah terpalit dengan beberapa skandal seks sebelum ini.


KOMEN : DAH TAK TAHU NAK CAKAP APA LAGI? KES LIWAT TAK SELESAI TIMBUL PULAK KES BARU? JAHAT SUNGGUH MANUSIA YANG SUKA BERKONSPIRASI, MEMBUAT FITNAH JAHAT DAN JIJIK... DIA FITNAH ORANG TAK APA JANGAN ORANG FITNAH DIA ...DIA TIPU ORANG TAK APA JANGAN ADA YANG CUBA TIPU DIA.... DIA ADALAH ANUGERAH TUHAN... BINI DIA YANG KATA!!!!!!

2 comments:

Onna said...

Assalam Sayang Daddy,

Bini dia bukan takat buta mata, hati diapun dah mati, sebab tu dok kata suami dia anugerah... anugerah ni ada banyak...buruk pun anugerah gak... macam yang kat hollywood tu..hehehe... kesian kat dia... both of them... moga Allah membuka jalan kebenaran untuk mereka2 ini..

AJAI62 said...

Assalam sayang Mum

Tak call adik tadi ya? Nasib baik ayah call. Mereka dah pergi sekolah. Memang semoga Allah swt memberikan jalan kebenaran untuk mereka.