Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 3 March 2011

PAS MAIN TIPU LAGI-PAS diarah turun poster calon


DARI BERITA HARIAN
2011/03/03


Parti ingkar peraturan guna logo rasmi kerajaan negeri dan pembangkang lain.

TEMERLOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tempoh 24 jam sehingga hari ini kepada PAS untuk menurunkan semua poster calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang mempunyai logo rasmi Kerajaan Pahang kerana ia melanggar peraturan berkempen dan undang-undang negeri. Selain itu, pemeriksaan unit penguat kuasa SPR mendapati poster berkenaan juga tidak mematuhi syarat apabila ia turut mencetak logo parti pembangkang lain iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedangkan calon bertanding adalah Hassanuddin Salim mewakili PAS. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya sudah mengarahkan setiap parti politik supaya menghormati undang-undang kerajaan negeri dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo rasmi kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Beliau berkata, ketetapan itu pernah dimaklumkan kepada wakil setiap parti politik yang bertanding, tetapi mereka mengingkarinya.

Katanya, bendera DAP dan PKR yang tidak sepatutnya dikibarkan untuk berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kerdau ini juga masih berlaku.

"Berikutan itu, jika PAS gagal menurunkan semua bahan kempen itu dalam tempoh ditetapkan, SPR dan polis akan bertindak menurunkan semua poster dan bendera berkenaan. "Peringatan ini diberikan selepas pemeriksaan mendapati PAS tidak beretika dalam berkempen pada pilihan raya kecil ini apabila tidak mendapatkan kebenaran Kerajaan Pahang untuk meletakkan logo berkenaan.

"Semalam (kelmarin) ketika bermesyuarat berhubung isu itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tariff Abdul Rahman mendapat pengesahan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bahawa PAS tidak pernah memohon untuk menggunakan logo rasmi itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berikutan itu, Wan Ahmad berkata, menjadi tanggungjawab SPR dengan kerjasama polis untuk memastikan bahan kempen digunakan parti politik yang bertanding di DUN Kerdau tidak melanggar peraturan dan undang-undang.

"Peringatan supaya menurunkan poster dan bendera itu akan dimaklumkan kepada wakil calon dan pemimpin PAS, tetapi jika gagal memberi kerjasama, SPR dan polis akan bertindak tetapi jangan pula ada di kalangan penyokong mereka menghalang," katanya.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta SPR menyiasat tindakan PAS menggunakan logo Kerajaan Pahang pada poster calon parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Wan Ahmad berkata, PAS pernah melakukan tindakan sama ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan tahun lalu apabila menggunakan logo rasmi Kerajaan Negeri Sembilan tanpa kebenaran.

"Ini bukan kali pertama, teguran dan peringatan sama pernah diberikan kepada PAS di Bagan Pinang dan kali ini, mereka mengulanginya di Kerdau,” katanya.

Sementara itu, PAS akur dengan arahan SPR supaya membuang semua poster yang mengandungi perkataan tidak dibenarkan, tetapi turut meminta BN melaksanakan perkara sama.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pembangkang DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya sudah membincangkan perkara itu dengan pasukan pemantau SPR.

"Kita sudah bincang dengan pihak pengawas atau pemantau SPR dan dalam perbincangan itu, kita juga mengemukakan bantahan kepada BN.

"Ada poster dan ‘billboard’ daripada UMNO yang mengambil kenyataan daripada (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) yang bercanggah dengan kenyataan sebenar.

"Bagi kami, PAS bersetuju membuang perkataan yang terdapat pada poster yang dipasang dan saya fikir, tidak ada masalah dan kedua-dua pihak (PAS dan BN) sudah bersetuju dan kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita di sini, semalam


KOMEN : BELUM LAGI DIISTIYAR SEBAGAI PEMENANG (KONONNYA) DAH BERANGAN-ANGAN SEBAGAI PEMERINTAH. KUAT BETUL ANGAN-ANGAN MAT JENIN MEREKA INI. KALAU TAK FITNAH DAN KUAT MENIPU BUKANLAH PENGANUT PAS. SELAMANYA MENIPU. MERUSUH JANGAN TAK MERUSUH.

No comments: