Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 28 March 2011

PINTAR SUNGGUH PEMIMPIN PAS


Masa depan Pas terancam akibat tindakan Hadi DARI UTUSAN MALAYSIA 26.3.2011

KUALA LUMPUR 25 Mac – Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, boleh menyebabkan masa depan parti itu terancam. Malah, cita-cita Pas untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti nasionalis Islamik juga semakin kabur dan tidak menentu kerana, pemimpin mereka sendiri tidak berminat untuk mengetahui kebenaran, walaupun skandal itu menggoncang keyakinan rakyat terhadap Pas.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, tindak-tanduk Abdul Hadi merupakan manifestasi krisis keyakinan diri akibat terlalu terpesona dengan karakter dan karisma hebat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam yang dinamik. Katanya, Abdul Hadi secara tidak langsung mengulangi kesilapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gagal menduga sikap sebenar Anwar ketika membawanya masuk UMNO suatu ketika dahulu, dengan harapan untuk melumpuhkan Pas tetapi akhirnya UMNO yang hampir dilumpuhkan.

“Maka sebab itu, orang ramai tidak seharusnya merasa hairan bila pemimpin Pas seperti Abdul Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) juga terpengaruh dan terus mempercayai Anwar dalam apa juga keadaan. “Sedangkan Tun Mahathir dan Daim (Tun Daim Zainuddin) yang begitu pintar juga boleh terpesona dan terlalai dengan perwatakan serta karisma hebat yang dimiliki Anwar,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut tindakan Abdul Hadi itu, Zainuddin berkata, beliau percaya Pas kini sudah mula merasai kesan akibat kesilapan besar mereka bekerjasama dengan Anwar, walaupun perkara itu tidak mahu diakui oleh pucuk pimpinan parti. Jelasnya, ini terbukti apabila terdapat beberapa bahagian seperti Pas Bahagian Batu yang menyokong dan mendesak agar Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi membolehkan ketulenan rakaman video seks tersebut dikenal pasti.

KOMEN : APA SAHAJA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PEMIMPIN PAS ADALAH SEMATA-MATA UNTUK KESENAMBUNGAN PERJUANGAN PARTI PAS YANG KEHILANGAN HALATUJU DALAM MENDAPATKAN SOKONGAN ORANG MELAYU/ISLAM. CITA-CITA UNTUK MENGGANTIKAN UMNO SEBAGAI PARTI ORANG MELAYU JUGA TERSASAR KERANA SERING MENYEMBUNYI KEBENARAN DAN MENZAHIRKAN PENIPUAN. SEMUA JANJI YANG DIBUAT HANYA TINGGAL JANJI.

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

apa yang nak diherankan...mereka bukan berjuang untuk parti..agama apatah lagi bangsa melayu... tetapi berjuang untuk diri sendiri...sebab itulah apa yang anwar buat ... dorang akan tetap support...tutup mata dan hati serta pekakkan telinga.. seolah2 mereka tidak perlu menjawab di kemudian hari nanti... pemimpin seperti inikah yang kita maukan wahai puak2 PAS?

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Itulah parti yang boleh berkawan dengan syaitan. Hasutan syaitan jadi permainan hidup mereka. Ada orang berkata kalau kita berkawan dengan syaitan, syaitan pun terperanjat sebab perangai kita lebih dahsyat dari syaitan, kiranya lawan tokey...hehehehee