Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 23 March 2011

MACAM-MACAM WARNA BUKU


Buku Jingga: Usah terpedaya helah pembangkang
DARI UTUSAN MALAYSIA 23.3.2011


PUTRAJAYA 22 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan helah pakatan pembangkang menyogok dokumen-dokumen janji dengan yang terkini berwarna jingga sehingga risikonya kelak mendatangkan kesengsaraan dan bala bencana kepada negara.

Tegas Perdana Menteri, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membangkrapkan negara dalam jangka panjang.

Kata beliau, kerajaan sedia ada juga tidak sanggup menyaksikan apa yang telah dibina dengan bertatih dan jerit payah selama ini lebur musnah begitu sahaja.

"Namun, sudah lumrah a'lami insan apabila dipersonakan oleh pedagang-pedagang impian yang bijak menanam tebu di bibir, menyogok dan menyuguh dengan dokumen-dokumen janji pelbagai corak, ada biru laut, hijau gelap, ada putih dan yang terkini jingga pula warnanya.

"Semua itu tampaknya dihasil dan dikarang bersandar kepada keseronokan sementara sampai kadangkala membuatkan segelintir terpegun hingga terpedaya bahawa kononnya ada tempayan emas di kaki pelangi. Bak kata orang putih "if it too good to be true, then it must be so"," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Kerajaan hari ini, kata beliau, apabila mengaku untuk melaksanakan sesuatu, ia bukan sahaja akan menunaikannya dengan menggunakan segala ikhtiar dan kudrat yang ada.

Malahan sebelum berjanji lagi, kerajaan akan memastikan apa yang dinyatakan itu realistik dan mengambil kira kesejahteraan rakyat dan kepentingan jangka panjang.

Kata beliau: "Di persimpangan ini, para cerdik pandai dan orang tua-tua ada berpesan, kalau nak memilih tempat berlabuh, pertama keluk, kedua tanjung, kalau nak memilih pohon berteduh, pertama kukuh, kedua menguntung.

"Ini bukanlah masa untuk bereksperimen sebaliknya ini adalah masa untuk terus berpegang dan berpaut kuat, dengana apa yang telah sedia terbukti dan teruji sejak sekian lama."

Buku Jingga memuatkan 10 janji pakatan pembangkang sekiranya berkuasa yang dianggap banyak pihak bersifat populis untuk meraih undi rakyat semata-mata dengan pembangkang sendiri mengetahui ia tidak mampu dilaksanakan.


KOMEN : TAK PAYAH DIBACA DAN TAK PAYAH DIFIKIRKAN, BAKUL SAMPAHKAN AJE BUKU JINGGA PUAK PAKATAN PEMBANGKANG NI. SEMUANYA JANJI-JANJI MAT JENIN, BULAN, ROKET DAN JIN MATA SATU AKAN AKU BERIKAN... KALAU NAK JADI ORANG YANG PANDAI JANGAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG OTAK UDANG DAN MELALAK MACAM TIN KOSONG... ISI TAK ADA... MANA JANJI MANIS PRU 12. DAH DITUNAIKAN KE BELUM?

No comments: