Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 8 March 2011

Janji hanya omong kosong


Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


KLANG 7 Mac - Penduduk Selangor secara sinis mengucapkan 'takziah' kepada pentadbiran kerajaan PKR Selangor yang masih gagal menunaikan janji-janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 walaupun sudah genap tiga tahun memerintah.

Mereka mendakwa janji yang ditaburkan parti-parti pembangkang semasa pilihan raya umum lalu hanya omong kosong dan banyak mengelirukan rakyat negeri ini.

Seorang pekerja swasta, Firdaus Ismail, 27 berkata, terlalu banyak kepincangan dalam pentadbiran parti-parti pembangkang di negeri ini walaupun usia pentadbiran mereka baru tiga tahun.

"Sebelum ini mereka mahu memastikan Exco sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang perkhidmatan tetapi sebaliknya yang berlaku sekarang.

"Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu banyak mencampuri hal yang tiada kaitan dengannya seperti urusan agama Islam apabila mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik garis panduan larangan orang Islam bekerja di premis menyajikan arak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, pemimpin DAP itu juga secara terang-terangan mencampuri tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) apabila mengarahkan mereka memulangkan semula minuman keras di sebuah premis serbaneka di Seksyen 8 Shah Alam sehingga menaikkan kemarahan umat Islam.

Mohamad Azmi Sadali, 32, pula berkata, janji pentadbiran parti-parti pembangkang mahu mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai premis komersial 10 peratus juga tidak tertunai sehingga kini.

"Janji tersebut hanya tinggal janji. Kalau hendak disenaraikan banyak lagi yang tidak ditunaikan termasuklah memberi elaun khas antara RM150 hingga RM250 sebulan untuk para suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka.

"Meskipun berjaya melaksanakan janji pemberian air secara percuma tetapi masih ramai rakyat di negeri ini yang tidak dapat menikmatinya.

"Saya lihat kerajaan negeri hanya bertindak sekadar melepaskan batuk di tangga dalam memastikan janji tersebut dapat dinikmati rakyat secara keseluruhannya," katanya.

Azhari Sadali, 29, pula kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat lebih mementingkan aktiviti politik berbanding program kebajikan rakyat.

"Slogan kerajaan kebajikan yang dilaung-laungkan selama ini hanya tinggal janji dan ini termasuk janji menyediakan pendidikan prasekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5 hingga 6 tahun pun belum dilaksanakan.

"Mengurangkan bebanan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 hingga RM100 seorang antara janji yang dilupakan parti pembangkang," katanya.

Muhammad Roshani Ahmad, 40, mencabar pentadbiran kerajaan negeri menunaikan semua janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu sebelum menabur janji-janji baru sebagaimana terkandung dalam program Buku Jingga.

"Kalau tidak boleh tunaikan janji, maka selepas ini mereka tidak perlu lagi menabur pelbagai janji dan memberikan harapan palsu kepada rakyat.

"Sepatutnya mereka merasa malu kerana gagal melunaskan segala janji yang ditaburkan,"katanya.


KOMEN : APA NAK DIHARAPKAN DARI JANJI DALAM BUKU JINGGA PAKATAN PEMBANGKANG SELANGOR. JANJI PILIHAN RAYA 2008 PUN MASIH TAK DAPAT DITUNAIKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR TERUTAMA RAKYAT YANG MENGUNDI MEREKA. BERPOLITIK SEPANJANG MASA TANPA ADA USAHA MEMAKMURKAN EKONOMI RAKYAT SELANGOR. KERANA MEMPUNYAI PENASIHAT EKONOMI BERNILAI RM1.00, NEGERI MAJU DAN KAYA MACAM SELANGOR AKAN JADI MUNDUR JIKA FENOMENA MENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG INI DITERUSKAN PADA PRU 13. BANGKITLAH RAKYAT SELANGOR DEMI MASA DEPAN ANAK DAN CUCU KITA.

1 comment:

Onna said...

dah mmg tau dan terkenal dengan tipu muslihat, tanam tebu di tepi bibir, tapi orang2 cerdik pandai di selangor hinggakan yang dah ada PHD pun terpaut dan terpesona dengan pembohongan pembangkang ni...agak2nya otak dorang ni kat mana?