Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 28 March 2011

Nik Aziz dicabar keluar fatwa


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron. mustapha@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 25 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu. Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.

“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini. “Sebaliknya, beliau menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan penzina? Adakah mereka bermoral?” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu. Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,” jelasnya.


KOMEN : NIK AZIZ TETAP AKAN MENYALAHKAN ORANG YANG MERAKAM DAN MENYEBARKAN VIDEO VVIP ITU SEDANGKAN VVIP TERSEBUT TERLEPAS DARI DOSA YANG DILAKUKAN. ITULAH AJARAN YANG NIK AZIZ AJARKAN KEPADA PENGANUT PAS YANG SECARA SENANG HATI BERSETUJU KERANA TERBAYANG SYURGA NIK AZIZ MENUNGGU KEDATANGAN MEREKA. SECARA LOJIKNYA ORANG YANG BERZINA HUKUMNYA APA??????

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Puak2 itu tidak akan menyentuh pun isu anwar berzina... dia dok menyalahkan org yang mempertontonkan video tu...suruh tangkap, dan diambil tindakan... secara logiknya juga... kenapa si pelakon masih bebas berceramah tanpa segan silu? disokong dan didokong oleh juak2 PAS ni? mereka menyokong org macam anwar jadi pemimpin mereka ke? mana dorang letak moral dan akhlak dalam hidup mereka? lagi satu..kenapa gelaran dato' seri si anwar tak ditarik balik? bukankah dia ni pernah dipenjarakan?

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Siap adakan sembahyang hajat dan ceramah di Shah Alam malam ni. Maka akan makin banyak fitnah yang akan ditaburkan....hehehehee.