Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 March 2011

Anwar patut malu kepada Najib isu DNA


DARI UTUSAN MALAYSIA
21.3.2011


KUALA LUMPUR 20 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim patut berasa malu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kesediaan Perdana Menteri menyerahkan sampel asid deoksiribonukleiknya (DNA) jika diperlukan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana sampel DNA Anwar amat diperlukan demi membuktikan beliau tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan seperti didakwa.

Justeru katanya, Anwar perlu mencontohi keberanian Najib untuk menyerahkan sampel DNA seperti diucapkan secara terbuka oleh Perdana Menteri dalam satu majlis di Sarawak semalam.

Keberanian Najib wajar dicontohi Anwar kerana Perdana Menteri itu langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atau takut apabila pihak pembangkang melemparkan fitnah mengaitkan dirinya, katanya dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Semalam, Najib dalam ucapan di Serian menegaskan beliau bukan seperti Anwar yang gentar memberikan sampel DNA dalam usaha menegakkan kebenaran, dipercayai ekoran cubaan Anwar mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya sebelum ini.

''Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak tegakkan keadilan, bagilah DNA (milik Anwar), selagi tak bagi DNA orang akan tertanya-tanya dalam kepala, orang Serian pun nak tahu siapa lelaki 'Y', semua orang nak tahu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok sebagai memenuhi amanah dan mandat rakyat.

Katanya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengotakan janjinya untuk berundur apabila sampai masa dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri tersebut.

"Peralihan kuasa tentunya akan berlaku dan pada hemat saya ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah," katanya.

KOMEN : MASIH ADAKAH SECEBIS RASA MALU DALAM DIRI ANWAR? RASANYA PERASAAN MALU SUDAH LAMA MENINGGALKAN DIRI ANWAR YANG MASIH TERUS MENJALANKAN TIPU MUSLIHAT BELIAU BAGI MENCAPAI CITA-CITA BELIAU UNTUK MENJADI PM DAN YANG TERBARU MENJADI PRESIDEN PERTAMA MALAYSIA. KENAPA BELIAU MASIH CUBA MENGELAK DARI MENYERAHKAN DNA DAN TERUS DENGAN ELAH UNTUK MENGAITKAN ORANG LAIN? ITULAH CARI BELIAU UNTUK MENGALIHKAN TUMPUAN RAKYAT KEPADA KES LIWAT BELIAU. MANUSIA YANG TIDAK MEMPUNYAI SIFAT MALU AKAN MELAKUKAN SEGALA KEMUNGKARAN SEPERTI AKAN TERUS MENIPU WALAUPUN RAHSIA BELIAU TELAH DIBONGKAR DAN DIKETAHUI OLEH RAKYAT. MANA KEADILAN YANG DICANANG-CANANGKAN OLEH BELIAU?

No comments: