Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 4 March 2011

APA TINDAKAN KDN


Bakar semangat revolusi tindakan terdesak pembangkang

DARI UTUSAN MALAYSIA
04/03/2011 7:17pm

TEMERLOH 4 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan pembangkang membakar semangat rakyat agar mencetuskan revolusi seperti di Asia Barat sebagai langkah terdesak.

Mereka juga katanya, bertindak berasaskan politik sempit kerana sanggup menimbulkan suasana bahaya kepada negara apabila menyamakan keadaan di Malaysia dengan negara di Asia Barat.

"Ini tindakan desperado. Saya nak tanya balik dah selesai ke (isu di) Mesir. Siapa tadbir? Siapa nak boleh jamin keselamatan (di Mesir)?” katanya kepada pemberita selepas melawat bekas anggota Special Constable Taib Yusof di Desa Murni, Kerdau, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang ketika kempen pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kerdau yang sengaja mengapi-apikan rakyat agar meniru situasi di Asia Barat yang menyaksikan rakyat beberapa negara mencetuskan revolusi bagi menggulingkan kerajaan.

"Ini (revolusi) nak jadi di Malaysia? Situasi jauh berbeza. Perkara kedua cakap-cakap seperti ini bahaya kerana dibuat dengan pertimbangan politik sempit selain tidak berfikiran jauh terhadap kesan jika ia berlaku di negara bertuah Malaysia ini,” katanya. - Bernama


KOMEN : DAH BANYAK SANGAT KENYATAAN DAN HASUTAN OLEH PUAK PEMBANGKANG AGAR RAKYAT BANGUN MERUSUH DAH MENUMBANGKAN KERAJAAN SEPERTI YANG BERLAKU DI MESIR. TAKAN SETAKAT BERI AMARAN AJE...

No comments: