Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 22 March 2011

DARI IRAQ KE LIBYA- APA RAHSIANYA

AS ulangi kesilapan Itali?
Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my




PENYOKONG Muammar Gaddafi menunjukkan serpihan peluru berpandu yang dilancarkan tentera AS, Britain dan Perancis ke sebuah bangunan di Bab Al-Aziziyah sambil memegang gambar Gaddafi yang memaparkan perkataan 'panjang umur pemimpin'. - reuters

PADA 18 Mac lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab telah meluluskan resolusi tindakan ketenteraan bagi menghalang Presiden Libya, Muammar Gaddafi membunuh rakyatnya yang memberontak.

Resolusi yang diluluskan dengan sokongan Amerika Syarikat (AS), Perancis dam Britain itu turut membabitkan penguatkuasaan zon larangan terbang ke atas Libya dan membenarkan penggunaan tentera darat bagi melindungi orang awam daripada tentera Gaddafi.

Dua hari selepas resolusi itu diluluskan, AS dan sekutunya iaitu Britain dan Perancis telah menyerang Libya secara besar-besaran, dalam campurtangan Barat yang terbesar di dunia Arab sejak serangan AS dan sekutunya ke atas Iraq pada 2003.

Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk telah dilancarkan terhadap negara itu. Televisyen kerajaan Libya berkata, 64 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam serangan udara tentera bersekutu itu.

Apa yang disebut di atas telah berlaku, tetapi persoalannya adakah AS dan sekutunya bakal mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan Itali apabila memulakan serangan pada Oktober 1911 untuk menjajah Libya.

Kerajaan fasis Itali yang ketika itu diketuai Benito Mussolini telah tersilap perhitungan kerana menyangka dengan kekuatan bala tentera yang sangat hebat, mereka akan dapat menjajah Libya dengan segera.

Sebaliknya, apa yang berlaku, mereka hanya dapat berbuat demikian setelah berperang selama kira-kira 20 tahun.

Perjuangan menentang penjajah Itali itu dilakukan oleh tentera Mujahidin yang diketuai oleh Umar Mukhtar. Beliau yang digelar sebagai Singa Padang Pasir berjuang secara gerila dari kawasan pergunungan dan ia hanya berakhir apabila tokoh yang dianggap simbol pembebasan Libya itu ditangkap dan dihukum gantung pada 16 September 1931.

Beliau yang ketika itu berusia 83 tahun sempat bersembahyang sunat sebelum dihukum gantung dan jenazahnya segera dikebumikan di Benghazi, yang kini menjadi kubu kuat kumpulan pemberontak.

Walaupun telah lama meninggal dunia, perjuangan Umar Mukhtar terus diingati. Gambar beliau dicetak pada mata wang kebangsaan Libya 10 dinar, manakala sebuah filem berdasarkan riwayat hidupnya bertajuk The Lion of the Desert lakonan Anthony Quinn turut diterbitkan pada 1981.

Pensyarah Program Hubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid ketika mengulas mengenai serangan itu berkata, apa yang dilakukan oleh AS dan sekutunya merupakan satu penjajahan sama seperti yang dibuat Itali.

''Apa yang berbeza kali ini adalah penjajahan bukan secara langsung, sebaliknya berselindung dengan alasan untuk membantu segolongan rakyat Libya yang tidak menyukai Gaddafi.

''Saya berpendapat pemberontakan rakyat Libya berkenaan sebenarnya didalangi oleh pihak-pihak luar yang ingin menguasai kekayaan minyak Libya," katanya.

Ujar beliau, hanya masa yang bakal menentukan sama ada Gaddafi akan terus bertahan selama berpuluh-puluh tahun sama seperti perjuangan menentang penjajah Itali sebelum ini.

Menurutnya, jika Gaddafi tumbang dan kerajaan baru yang diketuai pemberontak dibentuk, ia sudah pasti akan condong untuk mengutamakan kepentingan AS dan sekutunya.

Dalam pada itu, GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, walaupun serangan AS dan sekutunya menepati peruntukan undang-undang antarabangsa, namun tindakan itu sebenarnya melanggar etika kemanusiaan serta moral.

Katanya, serangan tersebut boleh dipersoalkan kerana sesebuah negara mempunyai kedaulatan tersendiri yang perlu dihormati oleh kuasa-kuasa lain.

Menurut Azmi, Gaddafi pasti akan bertindak balas terhadap serangan tersebut dan ia akan menyebabkan perang berpanjangan.

''Bagaimana nasib penduduk awam Libya yang akan menerima kesan buruk daripada serangan AS dan sekutunya, terutama yang membabitkan kematian dan kemusnahan harta benda.

''Saya juga menjangkakan jika peperangan berpanjangan, ia akan menyebabkan ramai rakyat di negara Afrika Utara ini terbunuh," katanya.

Soalnya, berapa ramaikah rakyat Libya yang perlu terbunuh sebelum AS dan sekutunya berhenti mengebom Libya? Adakah ia akan mengatasi rekod ketika penjajahan Itali yang menyaksikan ratusan ribu penduduk negara itu mati dalam tahanan?

Jika Itali sebelum ini telah berhenti menyiksa tentera Mujahidin setelah akhbar- akhbar dari seluruh dunia mempersoalkan tindakan itu, maka adakah AS dan sekutunya hanya akan berhenti setelah kekejaman mereka didedahkan dalam Facebook dan Twitter? Hanya masa yang akan menentukannya.


KOMEN : AMERIKA DAN SEKUTUNYA MEMANG SEJAK DULU LAGI BERHASRAT UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN LIBYA DAN MENAKLUKI KAWASAN YANG KAYA DENGAN EMAS HITAM. ATAS DASAR MENYELAMATKAN ORANG AWAM YANG BERSENJATA (PENGGANAS) SUDAH CUKUP BAGI MEREKA UNTUK MELANCARKAN SERANGAN BESAR-BESARAN SEPERTI DI IRAQ. APA JAMINAN MEREKA YANG ORANG AWAM LIBYA AKAN TERSELAMAT DARI TERBUNUH? SEDANGKAN ANGKA KEMATIAN ORANG AWAM SEMAKIN BERTAMBAH...

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Dan negara2 Arab yang lain juga sedang menghadapi demonstrasi... adakah mereka juga mahukan negara mereka di'selamatkan' oleh AS? Nampaknya mereka tidak mengambil iktibar atas apa yang berlaku kepada Iraq...dan umat islam semakin berpecah belah... if we stand united.. bukan setakat AS...yahudi pun akan takutkan kita...

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Berita terkini tentera udara Israel menyerang penempatan rakyat Palestin. Operasi mereka sama aje. Amerika serang Libya, Israel akan serang Palestin... itulah yang berlaku masa perang Iraq.