Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 10 March 2011

ZALIMNYA KERAJAAN UMNO/BN

DARI METRO ONLINE
10.3.2011


YIK tutup sekolah agama

PASIR PUTEH: Tindakan Yayasan Islam Kelantan (YIK)menutup Sekolah Agama Nahdatul Islamiah di Kampung Jelor di sini yang dikendalikannya telah menimbulkan rasa kecewa ibu bapa murid.

Bekas pengerusi sekolah itu, Daud Idris, 56, berkata akibat daripada penutupan itu, 70 pelajar tingkatan satu, dua dan tiga, terpaksa dihantar ke sekolah agama lain dan ini menyusahkan ibu bapa.

Beliau memberitahu pemberita di sini, hari ini bahawa Sekolah Agama Nahdatul Islamiah ditutup Januari lepas tanpa alasan.

Sekolah itu menjadi pilihan murid dari sekolah-sekolah kebangsaan berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan Jelor, SK Tasek dan SK Kubang Telaga untuk menyambung pelajaran di situ selepas mereka tamat sekolah rendah. Sekolah itu dibina secara gotong-royong daripada kayu pada tahun 1960-an hasil inisiatif penduduk kampung dan diberi nafas baru ketika Kerajaan Negeri diperintah oleh Barisan Nasional pada tahun 1980-an.

"Bagaimanapun, keadaan mulai berubah apabila tampuk pemerintahan kerajaan negeri diambil alih oleh PAS," kata Daud.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jelor, Zulkifli Shafie, 55, merayu kerajaan negeri mendaftar Sekolah Agama Nahdatul Islamiah dengan Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.

"Hanya dengan cara itu sekolah ini dapat dipulihkan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim Jelor, Abdullah Mat Daud, meminta kerajaan negeri mengetepikan soal politik dalam bidang pendidikan.

Ketika dihubungi, pengurusan YIK enggan mengulas. - BERNAMA


KOMEN : ITULAH CARA ZALIM KERAJAAN PAS MENGHUKUM RAKYAT YANG TIDAK MENGANUT FAHAMAN POLITIK MEREKA. ISU PENDIDIKAN PUN DIPOLITIKAN SEHINGGA MENIMBULKAN KESUSAHAN KEPADA ANAK-ANAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN SEMPURNA. TERINGAT SEMASA PAS MEMERINTAH TERENGGANU HABIS SEMUA TADIKA KEMAS DITUTUPNYA. PERJUANGAN PAS YANG MENYESATKAN. TANYA NIK AZIZ APA HUKUMNYA MENGHALANG RAKYAT MENDAPAT PENDIDIKAN TERUTAMA PENDIDIKAN AGAMA ?

2 comments:

Onna said...

Assalam Sayang Dy,

Takyah tanya TGNA sebab dia dh nyanyuk, im sure dia dah lupa kot... nanti dia tanya kita balik bila dia buat camtu? buat sakit jiwa jer... harussani pun malas nak layan dia...

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

OHOH...Dah nyanyuk rupanya...