Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 7 March 2011

Hormatilah pandangan Harussani


Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


PASIR MAS 4 Mac - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap sebarang desakan yang meminta Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan hanya kerana beliau mengeluarkan pandangan, sebagai satu tindakan amat bodoh dan memalukan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu juga membuktikan mereka layak digelar golongan 'cakap tak serupa bikin'.

Katanya, sebagai seorang mufti dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, Harussani mempunyai hak untuk menyatakan pandangan dalam setiap perkara tanpa pengaruh politik.

"Jadi, pandangan dia boleh diterima kerana tidak terlibat dengan politik dan dia juga ada pengetahuan dalam bidang agama, justeru adalah menjadi hak untuk beliau bersuara.

''Namun, ada pihak itu yang menggunakan agama untuk kepentingan politik sehingga pemimpin mereka dianggap ulama dan mengeluarkan fatwa berkepentingan politik, sebab itulah ada ulama lain (seperti Harussani) yang membuat teguran," katanya selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Bunut Susu, di sini hari ini.

Ibrahim mengulas mengenai desakan Pas Kelantan supaya Harussani meletak jawatan sebagai Mufti Perak dan menyertai politik sekiranya beliau berterusan memberi kenyataan memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Desakan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangannya, Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang turut menganggap Harussani sebenarnya adalah individu yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan rakyat.

Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan pemimpin Pas, khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam.

Sementara itu, Ibrahim berkata, jika seseorang itu telah diangkat sebagai ulama, maka setiap kenyataan yang dikeluarkannya akan dianggap fatwa, meskipun ia berunsur politik dan sebab itulah perlu ada orang lain untuk menegur.

"Saya harap beliau (Harussani) akan terus keluarkan pandangan supaya kalau ada orang politik yang keluarkan kenyataan mengelirukan, beliau akan betulkan," jelas Ibrahim.

Dalam pada itu, sempena majlis tersebut, Ibrahim menyampaikan bantuan kepada 108 ibu tunggal dan 50 anak yatim di samping sumbangan kepada 40 penuntut Malaysia yang akan kembali ke Mesir.

Majlis itu juga menyaksikan seramai 500 penduduk menghantar borang keahlian untuk menyertai Perkasa kepada Ibrahim.


KOMEN ; PAS MANA BOLEH DIKRITIK WALAUPUN BANYAK MENGELUARKAN FATWA SONGSANG DENGAN MEMUTAR BELITKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN SURVIVAL POLITIK SEMPIT MEREKA. TIDAK SALAH BAGI MUFTI PERAK MEMBUAT TEGURAN KEATAS NIK AZIZ YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN BERCELARU UNGKAPAN KATA-KATANYA YANG MENGELIRUKAN RAKYAT. BUAT NIK AZIZ BUKAN HANYA ANDA SAHAJA YANG BIJAK DAN BERPENGETAHUAN DALAM BIDANG AGAMA.

3 comments:

Onna said...

Assalam,

Orang yang pandai tidak akan memanipulasi fakta tetapi menggunakan fakta untuk tujuan kebaikan... apa yang nik ajis buat? Al-Quran pun dimanipulate nya....itu bukan cerdik namanya...itu bangang namanya sebab tidak pandai membezakan dosa besar dan kecil... kerana memanipulasi kitab suci untuk tujuan menang kerusi...

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Setuju dia dah tipu penyokong dia yang jumud. Nak sangat mjasuk syurga Nik Aziz.

Onna said...

masalahnya, nik ajis sendiripun tak tau dia kemana nanti.... ni nak janjikan untuk orang lain...