Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 23 March 2011

MASIH PERCAYA KE PADA POLIS

'Cubaan paksa saya keluar daripada politik nasional'
DARI UTUSAN MALAYSIA 23.3.2011




Para wartawan dan jurugambar menyerbu Anwar Ibrahim selepas selesai membuat laporan polis berkenaan kes video seks di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam. - utusan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 22 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pagi ini.

Ketua Pembangkang itu hadir ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta empat pengawal peribadi pada pukul 10.40 pagi.

Ketibaan beliau disambut kira-kira 50 orang dipercayai penyokong PKR yang kemudian mengekori Anwar sehingga ke pintu masuk bangunan IPD.

Turut menemani Anwar dan Azizah ketika membuat laporan ialah Peguam, N. Surendran, Latheefa Koya dan R. Sivarasa.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, berusia 64 tahun itu kemudian keluar daripada bangunan IPD selepas selesai membuat laporan pada pukul 12 tengah hari.

Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu.

"Tindakan tersebut (menayangkan adegan seks) adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotifkan politik keatas perwatakan serta reputasi saya serta keluarga, malah ia juga adalah satu percubaan untuk memaksa saya keluar daripada politik nasional.

"Tindakan Datuk T itu juga berunsur jenayah kerana menayangkan video lucah kepada pihak media serta berkonspirasi untuk menjatuhkan saya sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat," katanya.

Semalam, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendedahkan aksi video seks yang melibatkan seorang pemimpin politik pembangkang di Carcosa Seri Negara.

Datuk T kemudian berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam tempoh seminggu jika pasangan berkenaan tidak melepaskan jawatan sebagai pemimpin politik.

Anwar yang mendakwa polis turut bersekongkol dalam konspirasi video lucah itu memberitahu, laporan polis itu dibuat supaya pihak berkuasa dapat melakukan siasatan bagi membela dirinya.

Sementara itu, Presiden PKR, Wan Azizah menuding jari kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sebagai dalang kepada pendedahan berkenaan.


KOMEN : BUAT LAPORAN POLIS PASAL VIDEO LUCAH TAPI TERUS MENYALAHKAN POLIS KERANA BERKONSPIRASI UNTUK MENJATUHKANNYA. YANG BININYA PULAK TUDUH MENTERI KDN DAN KETUA POLIS NEGARA DALANG DALAM PENDEDAHAN VIDEO TERSEBUT. KALAU MACAM TU POLIS KENALAH TANGKAP Mr. T UNTUK MENGETAHUI MOTIF SEBENARKAN? MEREKA MASIH PERCAYA PADA POLIS MALAYSIA KE?

2 comments:

Onna said...

Assalam Sayang Daddy,

Dorang ni biasalah propa lebih.. tak percaya kat polis, tapi pi report kat polis gak kan... dia dah makin tersepit Dy...kesiankan wife dia... when will she realise who the hubby really is...or dah taupun...tapi politik punya pasal.. main wayang gak... azizah dah macam pelakon pembantu... nuar dah cam pelakon citer tamil....hehehe...

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Demi menjadi wanita pertama bini dia sanggup tahan malu dan buat muka seposen. Muaklah tak ikhlas langsung.