Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 4 March 2011

Hadi Awang, Bob Lokman dan kempen Pas

Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my

PENULIS lirik lagu 'berhantu' Isabella, Bob Lokman menyertai parti Pas kira-kira sebulan lalu, namun sehingga kini kisah beliau menyertai parti pembangkang itu masih diperkatakan.

Lebih-lebih lagi beliau juga terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau.

Adamyan dalam MyKMU.net (www. mykmu.net) berkata, langkah Bob Lokman yang juga seorang pelawak dan pengacara yang menyertai Pas dengan alasan untuk masuk syurga ibarat mencari jalan pulang tetapi termasuk lubang buaya.

Katanya, walaupun setiap individu termasuk selebriti bebas memilih menyertai mana-mana parti politik di negara ini, tetapi alasan untuk mencari syurga di dalam Pas merupakan perkara yang paling jahil pernah didengarnya.

"Kalaupun menjadikan kegagalan mendidik anak sebagai sebab untuk kembali ke pangkal jalan, Pas bukanlah destinasi yang patut ditujui Bob Lokman.

"Pas langsung tidak ada beza dengan parti politik sekular dan sosialis yang menjadi rakan komponennya (iaitu) PKR dan DAP. Pas yang memperjuangkan Islam adalah Pas yang dulu, bukan Pas yang sekarang. Malah Islam yang diperjuangkan Pas dahulu pun boleh dipertikaikan, apatah lagi yang sekarang," katanya.

Tambahnya, jika Bob Lokman mahu bermuhasabah diri dan mencari kesilapan menyebabkan masalah melanda dirinya, Pas bukanlah tempatnya tetapi dia sepatutnya ke pusat-pusat dakwah serta berguru dengan guru-guru yang lebih bebas pemikirannya tanpa terkongkong oleh fahaman politik kepartian.

Nada serupa ditulis oleh penulis blog keagamaan, Zainol Abideen (mahaguru58.blogspot.com) yang berkata, Pas hanyalah sebuah parti politik, manakala pemimpinnya adalah ahli politik tetapi Islam adalah agama yang diperturunkan Allah kepada umat manusia yang mahu beriman.

Katanya, Pas bukan lagi sebuah parti yang berjuang untuk menegakkan syariah Allah kerana kini mereka sudah mula duduk semeja dengan pemimpin yang menentang kuat penubuhan negara Islam sepertimana yang dijuangkan oleh parti Islam itu.

"UMNO itu memang tak sesempurna mana tetapi jika dibandingkan dengan musuh-musuh Islam seperti DAP, saya lebih rela untuk berusaha mentarbiyah saudara seagama kita daripada bersahabat dengan syaitan!

"Makanya saya turut berduka bahawa para pemimpin Pas yang mengaku sebagai pejuang Islam sanggup menolak mereka (UMNO) mentah-mentah dan tidak mahu langsung berdakwah sama ada secara terus ataupun dengan pendekatan apa sekalipun," katanya.

Penulis Mummy Rokiah (mummyrokiah.blogspot.com) pula berkata, mungkin selama ini Bob Lokman terlalu melalut dengan syahwat dunia sehingga beliau hilang pedoman dan panduan sehinggakan beliau sedar hanya Pas sahaja yang Islam.

"Malah, akibat kesesatan yang teruk, baru kini beliau sedar bahawa Allah selama ini tidak popular dan hanya Pas sahaja yang mampu mempopularkan Allah," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malik Noor pula agak rasional apabila beliau menyeru supaya jangan menilai agama itu berdasarkan parti kerana bukan parti politik yang membawa kita mengenal Islam, sebaliknya adalah cara dan amalan agama yang dipraktikkan.

Sementara itu, penulis Musram Rakun (musramrakunman.blogspot.com) berkata, jelas sekali Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlupa bahawa negeri-negeri yang dikuasai pembangkang tidak mengamalkan pentadbiran Islam ketika Presiden Pas itu menyelar UMNO yang mengutamakan kepentingan politik berbanding dengan agama Islam dalam pentadbirannya.

"Hadi lupa bahawa kerajaan pembangkang hanya membahagi-bahagikan bantuan pada hari-hari perayaan (sahaja) dan tidak pun mengamalkan apa yang didakwanya," kata beliau.

Katanya, Hadi sepatutnya mempertikaikan dahulu negeri-negeri di bawah kekuasaan pembangkang ketika dia menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) meletakkan agama Islam di bawah politik, sedangkan sepatutnya Islam berada di atas politik

Blog Bumiyang (bumiyang.blogspot.com) pula berkata, kenyataan Hadi bahawa "kita tidak diajar untuk asingkan politik dengan Islam tetapi itu yang UMNO ajarkan" hanyalah interpretasi atau tohmahan parti itu semata-mata.

Katanya, walaupun UMNO dilabelkan pelbagai perkara buruk oleh Pas, tetapi kenyataannya UMNO sahaja yang menaikkan martabat Islam baik di dalam mahupun di luar negara.

"Bagi UMNO pula, Pas mempolitikkan Islam, mempergunakan agama malah acap kali dilihat menjual agama... menjual bangsa dan agama demi mendapatkan perkenan DAP," katanya.

KOMEN : BIASALAH PUAK PEMBANGKANG NI DIA CAKAP DULU APA YANG DIA NAK CAKAP. HOMEWORK TAK BUAT. BILA KENA HENTAM BALIK MULALAH DIKATANYA AKHBAH YANG DAH PUSING KENYATAANNYA DAN DIA TAK PERNAH PUN CAKAP MACAM TU. PEMBOHONG HABIS...

No comments: