Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 8 March 2011

Warna unik popularkan Proton R3 Satria Neo baru


DARI KOSMO ONLINE
8.3.2011


MODEL Proton R3 Satria Neo yang akan memberi kepuasan memandu yang dinamik serta bergaya.


KUALA LUMPUR - Sukan permotoran merupakan antara strategi utama yang bakal diberi tumpuan bagi meningkatkan jenama Proton, kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

"Sukan permotoran merupakan platform yang membolehkan pembuat kereta itu mempromosikan jenama dan meningkatkan kesedaran dalam pasaran baru dan berpotensi selain menjadi tempat ujian yang bermakna," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bagi mengumumkan harga baru Proton R3 Satria Neo di sini semalam.

Menurutnya, model Proton R3 Satria Neo itu dibangunkan untuk keseronokan memandu yang dinamik dan ia dijual pada harga RM79,797 atas jalan termasuk, cukai jalan dan insurans.

R3 Satria Neo dibangunkan oleh Bahagian Permotoran Sukan Proton menerusi jenama Race, Rally, Research (R3) dan kereta itu itu mudah dikenali berdasarkan warna merah menyala di bahagian luar dan bumbung hitam.

R3 Satria Neo merupakan lanjutan kepada pembabitan Proton dalam perlumbaan motor dan melaluinya ia dijangka dapat memenuhi permintaan pelanggan dan peminat yang mahukan kenderaan yang dibangunkan khusus untuk prestasi selain kegunaan harian.


KOMEN : CANTIK NEO R3 DENGAN WARNA MERAH MENYALA. ALAHAI NAK PAKAI SATU TAPI TERASA DIRI DAH TUA...HEHEHEHE

1 comment:

Onna said...

rasanya saya lum tua...bole ler kot...hehehehe