Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 22 March 2011

SIAPA YANG RASIS


ANSAI
Gombak
DARI UTUSAN MALAYSIA 22.3.2011

SAMBIL melayari beberapa blog minggu ini, saya terbuka blog Lim Kit Siang yang sekali lagi 'menampal' artikel nukilan orang lain sebagai langkah selamat memainkan isu panas yang kononnya tidak menggambarkan pendapat peribadinya.

Kali ini, penulis bernama Lisa Ng menceritakan bagaimana dia begitu teruk dilayan di Malaysia sehingga terpaksa membawa seluruh keluarganya lari (berhijrah) ke negara lain yang lebih 'selamat'.

Kononnya Lisa ini sedih terpaksa berhijrah kerana tidak tahan dengan pelbagai manipulasi terutamanya ke atas warga Kristian di negara ini.

Persoalannya, jika benar dilayan begitu buruk di negara ini, mungkinkah dia mengumpul begitu banyak kekayaan untuk 'melarikan' diri ke negara lain?

Tentu alasannya kekayaan itu dikumpul atas inisiatif dan kerajinan diri tetapi logik akal adakah sebuah negara kuku besi akan memberi harta yang banyak kepada golongan yang ingin ditindas?

Jika benar Lisa seorang patriotik, kenapa lari sedangkan dengan hartanya yang banyak itu banyak lagi yang boleh dibuat tanpa memerlukan bantuan sesiapa seperti menggerakkan NGO atau aktiviti lain?

Saya akui negara kita ada kelebihan dan kekurangannya tetapi jika benar sayangkan 'tanah tumpah darah' seperti yang dicanang Lisa, kenapa perlu lari meninggalkannya kepada pihak yang dikatakan menzalimi kaum dan agama tertentu?

Sepatutnya dia membantu membaiki kekurangan yang ada bukannya lari. Perubahan juga perlu diingat akan mengambil masa dan bukannya berlaku begitu sahaja.

Ini semua perspektif sempit individu yang sudah puas menjarah hasil bumi Malaysia dan kemudian berpindah ke tempat yang memberi peluang lebih lumayan dengan bermacam alasan atas rasa tidak berpuas hati tidak mendapat kesemua yang dituntutnya.

Jika sudah jadi pembelot, jangan disalahkan negara, pemimpin atau rakyat negara ini.

Semua pihak tanpa mengira kaum dan agama mempunyai pandangan dan tuntutan peribadi tetapi perlu difahami tidak semua permintaan dan harapan kita boleh dipenuhi oleh negara, pemimpin atau diri kita sendiri.

Jika mahu semua permintaan dipenuhi, bina negara sendiri dengan duit berkepul yang dilarikan ke negara asing itu.

Isunya di sini, Kit Siang telah berulang kali meletakkan artikel yang menyentuh sentimen kaum, agama dan pelbagai isu sensitif di blognya tetapi tetap tiada tindakan atau siasatan daripada Kementerian Dalam Negeri ataupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah Kementerian Penerangan.

Bukan sahaja Kit Siang, ramai lagi pemimpin dan kutu pembangkang yang berbuat demikian tetapi tetap bebas tanpa sebarang tindakan dan amaran.

Janganlah Kit Siang atau mana- mana pembangkang memperkotak- katikkan tahap kecerdikan rakyat kerana seperti alasan yang mereka guna untuk mendakwa media lain memfitnah pembangkang juga balik kepada diri sendiri.

Jika apa yang ditulis Lisa atau mana-mana 'penulis misteri' blog itu tidak menggambarkan pandangan peribadi mereka, kenapa diletakkan di blog rasmi anda?

Lebih baik Kit Siang tulis sendiri apa yang dia tidak puas hati kerana ramai tahu yang dia mahu Malaysia menjadi seperti Singapura yang habis ditarah dan meninggalkan penduduk asal negara Singa itu tidak lebih daripada peminta sedekah - untuk kerja, rumah dan perlindungan kerajaan Lee Kuan Yew.

Maka, persoalan besar di sini, adakah KDN dan SKMM sudah hilang taring sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan tampuk kepimpinan sehingga membiarkan perbuatan menghasut dan mengancam negara sebegini terus bebas dilakukan?

Tolonglah ada 'telur' sedikit dan bertindak kerana jika khuatir pembangkang menyaman agensi kerajaan, saya berani jamin ramai lagi rakyat Malaysia yang boleh bersatu menyaman pembangkang sehingga mereka muflis seperti mana yang dibuat Kuan Yew di Selatan negara kita.

Hentikan beri muka kepada bekas komunis dan mulakan kembali tindakan tegas kerana rakyat rata-rata sudah bosan dengan kecabulan pembangkang dan juga kebaculan agensi berkenaan bertindak. Ada berani?


KOMEN : DAP MEMANG RASIS.... ORANG CINA KENA FAHAM BAHAWA ORANG MELAYU TIDAK PERNAH PUN MENJEMPUT MEREKA DATANG DAN TINGGAL DI TANAH MELAYU. JADI MEREKA BOLEH PERGI KEMANA SAHAJA DENGAN SYARAT TARAF KERAKYATAN MEREKA DISERAH SEMULA. KDN ?????? SKMM ?????

2 comments:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

nampaknya orang melayu ajer yang nak kena jaga hati orang cina dan india di negara orang melayu ni... abis hati orang melayu ni nak diletak di mana ya? pak2 menteri kita pun bukan main jaga lagi dorang ni.... inilah dia salah satu contoh...tak selamat macamana tu ek? entah2 AhLong... dah kaya raya ...takut kena sembelih... lari ke negara org lain... pastu kutuk2 tak selamat... nak selamat baliklah ke tanah besar china sana... kita tengok selamat ke tak?

AJAI62 said...

Assalam Sayang Mum

Dah dasar jenis manusia tak sedar diri. Dah di bagi babi nak khinzir lepas tu nak babi hutan pulak. Dasar tak sedar diri.