Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 16 March 2011

Guru perlu lengkap kemahiran ikut arus pembangunan


16/03/2011 1:28pm
DARI UTUSAN MALAYSIA


PUTRAJAYA 16 Mac – Golongan pendidik di negara ini perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan berusaha meningkatkan serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan persekitaran, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika usaha tidak dibuat untuk bergerak seiring dengan perkembangan ilmu, tenaga pendidik akan ketinggalan dalam banyak hal terutamanya dalam aspek pembangunan manusia dan melahirkan generasi berwibawa.

Berucap pada istiadat Konvokesyen Berpusat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta golongan pendidik menguasai ilmu dengan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan generasi berilmu, membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar.

"Jika dahulu, guru mengajar tulis baca, mengatasi masalah buta huruf sebagai tugas hakiki, kini cabaran yang digalas oleh guru jauh lebih berat.

"Realitinya, masyarakat kini memerlukan guru berkualiti tinggi daripada sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” kata beliau. – Bernama


KOMEN : BUKAN SENANG BAGI GURU SEKARANG UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK YANG LAHIR DIZAMAN KEMAJUAN TEKNOLOGI YANG MEMBADAI. KALAU GURU-GURU RASA APA YANG DIUTARAKAN OLEH MENTERI PELAJARAN TAK ADA PADA DIRI MEREKA, BAIK BERHENTI AJE MENJADI GURU KERANA ANDA AKAN DIKETAWAKAN OLEH ANAK-ANAK MURID SENDIRI. APA ITU YANG DIBICARAKAN OLEH MENTERI PELAJARAN... guru berkualiti tinggi daripada sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. KALAU SETAKAT GURU YANG SUKA SANGAT BERPOLITIK MASA KERJA IKUT SAJA JEJAK LANGKAH CIKGU MALA. KEHADIRAN ANDA TIDAK DIPERLUKAN DISEKOLAH...

1 comment:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

bukan nak kata semua, kebanyakan guru dah lupa tugas hakiki dorang ni adalah mendidik...tapi takkan dia berhentinya dari jadi guru daddy, gaji dah tinggi, elaun tinggi, kemudahan ada macam2...muhyiddin kan sayangkan dorang ni lebih2...lagilah naik tocang...tapi kewibawaan dan akhlak kebanyakan guru2 sekarang ni banyak yang boleh dipersoalkan...