Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 17 September 2015

AFC CUP 2015 : JDT pahat sejarah!

Pasukan Malaysia pertama layak ke separuh akhir

ZAZALI JAMIAN | 16 September 2015 12:45 AM


SAFEE SALI memeluk Mahali Jasuli selepas menjaringkan gol JDT di Stadium Mongkok, Hong Kong, semalam. JDT menang 3-1. Foto AFC

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan kecemerlangan mereka dalam liga domestik ke peringkat Asia apabila muncul pasukan pertama dari Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFC dengan menyingkirkan wakil Hong Kong, South China AA, semalam.

Walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain, namun Harimau Selatan masih mampu mencatat kemenangan bergaya 3-1 di Stadium Mongkok.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Mario Gomez mara ke separuh akhir menerusi agregat 4-2 selepas seri 1-1 dalam suku akhir pertama di Larkin.

Dua jaringan Safee Sali dan satu menerusi Mahali Jasuli membolehkan JDT mengatasi pencapaian Kelantan, yang sekadar beraksi di suku akhir pada 2012.

JDT sebelum itu terpaksa mengharungi sebahagian besar perlawanan dengan 10 pemain selepas Luciano Figueroa dilayangkan kad merah pada minit ke-35.

Mahali memberi amaran awal kepada South China apabila membuka jaringan pada ke-26 menerusi rembatan kencang.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-28 hasil jaringan Mahama Awal.

Gol penyamaan tersebut langsung tidak menjejaskan rentak permainan pantas JDT, sebaliknya mereka terus melancarkan serangan dan akhirnya kembali di depan menerusi jaringan Safee pada minit ke-30.

Ketiadaan Figueroa yang diarahkan keluar padang dapat diatasi dengan baik oleh 10 pemain JDT apabila Safee sekali lagi berjaya meledak gol ketiga buat pasukannya pada minit ke-45.

Bermula babak kedua, tuan rumah menggandakan usaha untuk mendapatkan jaringan, namun gagal meraih sebarang gol biarpun menentang lawan yang kekurangan seorang pemain.

Pada minit ke-88, South China berpeluang menambah gol kedua apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain gantian, Liang Zicheng dijatuhkan lawan.

Namun tendangan yang diambil ketua pasukan, Bojan Malisic melewati palang gol.

Kedudukan 1-3 kekal hingga tamat permainan dan juara Liga Super, JDT memahat sejarah baharu bola sepak negara.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-pahat-sejarah-1.136369#sthash.IxjTzYle.dpuf

No comments: