Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 August 2015

Ke mana perginya RM500j dana Marris?

ABDUL YAZID ALIAS | 13 Ogos 2015 1:06 AM

SHAH ALAM 12 Ogos - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali digesa mendedahkan secara terperinci perbelanjaan serta program yang dilaksanakan di sebalik penyaluran dana berjumlah RM500 juta di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris).


Gesaan itu dinyatakan oleh Ke­tua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukor Idrus meman­dangkan beliau difahamkan penyaluran peruntukan tersebut diumumkan oleh Mohamed Azmin pada November tahun lalu dan akan disalurkan pada tahun ini.

Katanya, peruntukan itu dikatakan untuk digunakan bagi mena­ngani wabak denggi serta mengatasi masalah jalan berlubang, banjir serta sampah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

“Namun, setakat ini kita lihat kes denggi seolah-olah tidak ada tanda akan reda di Selangor. Berdasarkan maklumat terkini daripada Bilik Gerakan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan setakat semalam, Sela­ngor mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi dengan bilangan 130 kes berbanding negeri lain.

“Malah, kes terkumpul wabak denggi sejak 4 Januari hingga 10 Ogos 2015, Selangor mencatatkan 41,477 kes berbanding Johor yang mencatatkan 7,719 kes. Melihat da­ripada perkembangan ini, bagaimana sebenarnya komitmen kerajaan negeri dalam menguruskan peruntukan berkenaan khususnya melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, longkang serta pembersihan kawasan.

“Sehubungan itu, kita gesa Menteri Besar supaya mendedahkan secara terperinci perbelanjaan yang telah dibuat melibatkan peruntukan Marris termasuklah program-program yang telah dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 3 November tahun lalu, Mohamed Azmin menerusi laporan portal berita, www.mstar.com.my mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan Marris yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan seba­nyak RM500 juta setahun kepada 12 PBT masing-masing bermula tahun depan.

Menurut Menteri Besar itu, keseluruhan wang tersebut akan diserahkan kepada setiap PBT untuk menyelesaikan empat isu utama iaitu jalan berlubang, banjir, sampah dan wabak demam denggi di negeri ini.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang turut mempersoalkan pengurusan peruntukan Marris oleh kerajaan negeri yang mana beliau difahamkan kualiti jalan raya di Selangor masih berada dalam kea­daan yang tidak memuaskan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ke-mana-perginya-rm500j-dana-marris-1.123595#sthash.L21bizyz.dpuf

No comments: