Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 25 June 2012

UTC - APA KATA RAKYAT...?

Rakyat puji kemudahan UTC
DARI MINGGUAN MALAYSIA
24/6/2012
Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di Jalan Hang Tuah, Melaka memudahkan rakyat melakukan pelbagai urusan dibawah satu bumbung.-BERNAMA

MELAKA 23 Jun - Rakyat pelbagai kaum di negeri ini memuji usaha kerajaan mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama di negara ini di Jalan Hang Tuah di sini yang akan memudahkan urusan harian mereka di bawah satu bumbung.

Seorang peniaga, Abdul Latif Kadir, 50, berkata, dia berasa amat bertuah kerana Melaka menjadi perintis projek bernilai RM28.3 juta itu yang dahulunya adalah bangunan Wisma Persekutuan sebelum diambil alih oleh Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan diubahsuai menjadi UTC.

"Usaha ini amat baik dan saya lihat pusat ini dapat membantu rakyat untuk membuat semua urusan di satu tempat dan saya tidak perlu lagi ke tempat lain kerana di sini semua urusan boleh diselesaikan.

"Bayangkan, dalam satu bumbung saya boleh menyelesaikan urusan bayaran bil utiliti, perbankan, membeli belah, pemeriksaan kesihatan, melayari Internet, menjelaskan zakat dan cukai tanah serta pelbagai lagi," katanya.

Abdul Latif berkata demikian ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan perasmian UTC di sini hari ini.

UTC yang beroperasi di bangunan sembilan tingkat itu menempatkan 70 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan.

Bagi juruelektrik, Lee Kiak Tiong, 63, kemudahan yang ditawarkan di UTC memudahkan warga emas sepertinya bergerak dalam suasana selesa kerana dilengkapi pendingin hawa.

"Semua keperluan rakyat ada di sini termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, bank, balai polis, pejabat pos dan pelbagai lagi," katanya.

Bagi R. Kaliammah, 42, dari Taman Peruna, Sungai Udang dekat sini, dia tidak menyangka semua urusan harian boleh dilakukan di UTC.

''Saya pada mulanya tidak faham fungsi Pusat Transformasi Bandar tetapi apabila berpeluang hadir di sini, barulah saya dapat lihat pelbagai bentuk kemudahan yang terdapat di sini," ujarnya. Katanya, usaha mewujudkan UTC cukup jelas menunjukkan kerajaan begitu prihatin untuk membantu rakyat memudahkan setiap urusan harian yang menjimatkan masa.


No comments: