Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 8 June 2012

Beku PTPTN uji kemampuan sebenar PKR Selangor


 DARI UTUSAN MALAYSIA
8/6/2012



 KUALA LUMPUR 7 Jun - Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan sementara pinjaman kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah untuk menguji kemampuan sebenar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam isu pemberian pendidikan percuma.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu juga adil bagi memastikan tidak berlaku pertindihan pemberian pinjaman atau kewangan kepada pelajar oleh PTPTN atau kerajaan negeri.

“Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu semak adakah benar kerajaan negeri mahu hapuskan atau pelajar sendiri berpendapat ia tidak boleh dihapuskan kerana tanpa pinjaman PTPTN, mereka tak boleh belajar, itu tujuannya.

“Lain-lain kolej dan universiti tak berbangkit. Sebab itu mungkin beliau nak periksa betul-betul, kalau akhirnya pelajar perlu PTPTN, bermakna saranan PKR atau pembangkang untuk hapuskannya adalah tidak sepatutnya dan tidak mengambil kira kepentingan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Projek Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan (Puncak) Peringkat Parlimen Gombak di Taman Melawati dekat sini hari ini.

Muhyiddin menegaskan, pemberhentian pinjaman PTPTN tidak pernah berlaku kepada para pelajar yang layak sejak ia ditubuhkan, tetapi dalam kes ini ia merupakan reaksi perbadanan itu terhadap kenyataan PKR Selangor yang beria-ia mahu memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Justeru kata beliau, PKR Selangor dan pakatan pembangkang secara amnya tidak boleh menyalahkan PTPTN, Kementerian Pengajian Tinggi atau kerajaan Persekutuan dalam hal itu kerana ia berlaku berdasarkan komitmen kerajaan negeri sendiri.

Selangor cairkan aset Unisel

SHAH ALAM 7 Jun - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor mengambil keputusan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) sebagai reaksi drastik terhadap langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada pelajar baru universiti milik kerajaan negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melalui tindakan bersifat jangka pendek itu, Unisel akan mengapungkan tanah miliknya seluas 200 hektar untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran bagi meneruskan pengajian di universiti tersebut.

“Kerajaan negeri memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Unisel yang teraniaya ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan membekukan PTPTN kepada pelajar universiti tersebut.

“Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperoleh hasil daripada usaha itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

KOMEN : ITU AJE YANG MEREKA MAMPU BUAT... KOREK DAN TIMBUS... TAK MAMPU RUPANYA NAK BAGI PENDIDIKAN PERCUMA... BERCAKAP MACAM BAGUS, RUPANYA HAMPAS MACAM SAMPAH...

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO..KHALID SKANG SIBUK HADAPI PRU DGN GADAI ASET NEGERI YG ADE SBLUM BUNGKUS BROO..KALAU BLEY DIORANG NAK TINGGALKAN BEBAN HUTANG KAT BN UTK DI SETELKAN KEHKEHKEH