Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 1 June 2012

PERLU KE DILAYAN MEREKA INI?

Laporan sistem pilihan raya akan dibentang
DARI UTUSAN MALAYSIA
31/5/2012


KUALA LUMPUR 30 Mei — Satu pasukan antarabangsa dianggotai tujuh ahli politik dan ahli akademik asing, melawat Malaysia pada April bagi menilai keadilan proses pilihan raya, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang umumnya dijangka diadakan tahun ini.

Pasukan International Fact-Finding Mission on Elections in Malaysia itu dijadual mengeluarkan laporan mengenai sistem pilihan raya dalam waktu terdekat.

Misi pencarian fakta itu dijangka menyentuh mengenai pelbagai isu termasuk kredibiliti senarai pemilih, integriti sistem undi pos, dan akses pengundi kepada maklumat.

Bercakap pada sidang akhbar di sini pada April, Senator Nick Xenophon dari Australia, seorang daripada tujuh anggota pasukan misi pencarian fakta itu berkata: "Kami mahu menyediakan satu laporan yang adil, berdasarkan fakta dan seimbang."

Beliau menyifatkan misi itu sebagai fiercely independent atau 'sangat bebas'. Pendirian itu amat dialu-alukan untuk memastikan demokrasi benar-benar didukung.

Bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang menimbulkan tanda tanya iaitu sama ada misi pencarian fakta itu benar-benar bebas dan sama ada laporan muktamadnya akan benar-benar bebas daripada pengaruh politik.

Apa yang jelas, misi pencarian fakta itu dijemput oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut terlibat dalam menetapkan terma rujukan misi itu. Amalan ini adalah di luar kebiasaan.

Di negara-negara lain, badan pilihan raya kebiasaannya akan menjemput pemerhati atau misi pencarian fakta dan membantu menetapkan terma rujukan.

Satu lagi amalan di luar kebiasaan ialah anggota misi itu dipilih secara khusus. Standard protokol di negara-negara lain ialah menjemput institusi terhormat seperti Komanwel, Kesatuan Eropah atau badan serantau seperti ASEAN untuk menjalankan misi itu.

Xenophon ialah antara 50 penggubal undang-undang di Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan pada Februari 2010.

Penggubal undang-undang Australia itu juga sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa Parlimen sebagai 'mahkamah kanggaru'.

Dalam misi pencarian fakta pada April, Xenophon telah turut serta dalam perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata disembur ke arahnya dan berkata cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia ialah kerajaan 'autoritarian'.

Selain mengkritik sistem politik Malaysia, Xenophon juga mengkritik industri minyak sawit negara. Senator itu berulang kali mendakwa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan orang ramai dan menuduh rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri sawit telah memusnahkan hutan tropika yang merupakan habitat Orang Utan.

Pendirian berkenaan membuatkan orang tertanya-tanya sama ada misi pencarian fakta antarabangsa mengenai pilihan raya di Malaysia itu akan menjadi sebuah badan yang benar-benar bebas, berwibawa dan boleh dipercayai. Rumusannya mungkin ia tidak bebas, adil atau objektif dalam erti kata sebenarnya. - BERNAMA

KOMEN : NEGARA MEREKA SENDIRI PUN PENUH DENGAN TIPU MUSLIHAT, SIBUK NAK MENYIBUK KAT NEGARA ORANG... PENINDASAN KAUM ASLI KAT SANA DAH SETTLE KE ATAU DAH SERUPA MACAM KAT US....? DASAR KETURUNAN PENJENAYAH...

No comments: