Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 11 June 2012

Sultan Johor sebak



DARI BERITA HARIAN 
2012/06/11



SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersalaman dengan rakyat yang menyertai ‘Himpunan Menjunjung Kasih dan
Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor’ di pekarangan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Baginda yang
terharu kelihatan sebak sambil mengesat air mata ketika bertitah pada perhimpunan itu (gambar kecil).
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersalaman dengan rakyat yang menyertai ‘Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor’ di pekarangan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Baginda yang terharu kelihatan sebak sambil mengesat air mata ketika bertitah pada perhimpunan itu (gambar kecil).

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitiskan air mata di depan kira-kira 30,000 rakyat negeri ini daripada pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi di sini, semalam.

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.

Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini (semalam), titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan Daulat Tuanku oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan NGO (badan bukan kerajaan) Melayu Negeri Johor (GABUNG) itu.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang juga kediaman rasmi Sultan Johor, pada jam 2 petang.

Peserta turut menyanyikan lagu Negeri Johor diikuti dengan bacaan Ikrar Sumpah Taat Setia yang diketuai wakil GABUNG yang juga Ahli Persatuan Penjaja, Peniaga, Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor, Ahmad Tarmizi Yusof, sebelum menyerahkan watikah ikrar sumpah setia terbabit kepada Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim yang berterima kasih kepada mereka yang hadir, bertitah adalah menjadi amanah baginda sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

“Tidak ada rakyat, tiadalah Raja. Raja dan rakyat berpisah tiada,” titah baginda sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.
“Jika bersatu, kita akan kuat,” titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.

Perhimpunan itu diakhiri dengan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadot mengetuai bacaan doa dan Sultan Ibrahim berkenan bersalaman dengan hadirin hampir 40 minit dalam keadaan panas terik.

Baginda kemudian turut menunjukkan kepada pemberita PROTON Neo oren yang menggunakan nombor pendaftaran WWW1 yang diletakkan di pekarangan istana berkenaan.

Perhimpunan itu berlangsung sebagai reaksi terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. 

KOMEN : DAULAT TUANKU...

No comments: