Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 12 June 2012

Peguam tidak profesional, jadi alat pembangkang


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/6/2012


KUALA LUMPUR 11 Jun - Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) menempelak Majlis Peguam Malaysia kerana tidak profesional ketika mengulas berhubung keganasan polis ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 selain dipergunakan parti pembangkang untuk meraih simpati.

Beliau berkata, Majlis Peguam seharusnya bersikap profesional dalam sebarang kenyataan yang dikeluarkan termasuk pada perhimpunan haram Bersih 3.0 baru-baru ini.

"Janganlah menafikan ini yang berlaku, apa guna majlis peguam apabila menjadi alat pembangkang sebagai menyalak. Kita rasa terhina.

"Peguam yang sepatutnya bersikap profesional tetapi menjadi alat pembangkang, menyalak suara pembangkang," katanya

Beliau yang dibenarkan bertanyakan soalan tambahan di sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini turut menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu perhimpunan yang kotor, jijik dan melanggar undang-undang.

Katanya, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah individu yang bertanggungjawab dalam segala insiden pada perhimpunan tersebut.

Jelas beliau, ia berpunca daripada tindakan Anwar pada pukul 3 petang pada 28 April lalu yang memberi isyarat mengarahkan peserta demonstrasi menceroboh Dataran Merdeka.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan menerusi Peguam Negara memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

"Kita tak kira sesiapa. Mereka yang melanggar undang-undang akan tetapi diambil tindakan dan kalau ada bukti kukuh akan dibawa ke mahkamah," ujarnya.

Terdahulu ketika menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Nazri berkata, dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap seorang jurugambar.

Beliau berkata, kesalahan oleh mereka didakwa dilakukan pada 28 April lalu dan kes disebut semula pada 18 Jun.

"Jabatan Peguam Negara terus meneliti rakaman video yang dikumpul untuk mengenal pasti sekiranya terdapat anggota lain melakukan kekerasan ketika perhimpunan itu.

"Sekiranya siasatan menunjukkan adanya keterangan kukuh mengenai kekerasan, Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan pertuduhan di mahkamah dan tidak melindungi mana-mana pihak," katanya.

Anwar meminta penjelasan apakah langkah diambil untuk mengesan, menyiasat dan mendakwa anggota polis yang bertindak ganas terhadap wartawan dan peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu serta maklum balas kerajaan terhadap ketetapan Majlis Peguam Malaysia mengenai keganasan polis ketika perhimpunan itu.

KOMEN : SEBAGAI RAKYAT, NAK TANYA JUGA KEPADA KERAJAAN, BILA PENGHASUT DAN PENGANJUR BERSIH 3 NAK DIDAKWA... ? TERUTAMA KETUA PEMBANGKANG YANG CAKAP BANYAK KAT PARLIMEN TU?

No comments: