Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 June 2012

Kerajaan Selangor 'gadai' kebajikan pengundi


DARI UTUSAN MALAYSIA
18/6/2012
Wakil Parti Gerakan menyampaikan kain rentang yang telah ditandatangani kepada Mohd. Zin Mohamed (tiga dari kanan) sambil diperhatikan oleh A. Kohilan Pillay (lima dari kiri) pada majlis pelancaran program "Sayangi Teratai Yakini BN, Sayangi Selangor Yakini BN" di Sekolah Menengah Pandan Mewah, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Jun - Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengabaikan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan asas rakyat negeri itu membuktikan mereka sanggup menggadai kepentingan dan kebajikan pengundi sendiri.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sejak kerajaan PKR mengambil alih pengurusan negeri itu, banyak perkara asas diabaikan sehingga menjejaskan mutu kehidupan masyarakatnya.

Menurut beliau, selepas Pilihan Raya Umum 2008, pelbagai masalah mula timbul di Selangor, antaranya, isu longgokan sampah yang lambat dikutip, longkang tersumbat, lampu jalan rosak dan permukaan jalan raya yang rosak.

Katanya, tugas-tugas menyelenggarakan kemudahan asas terletak di bawah kerajaan negeri dan kecuaian ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak mampu mengurus tadbir perjalanan sesebuah negeri dengan baik.

"Mungkin ada yang melihat perkara ini sebagai remeh, tetapi bagi yang berhadapan dengan masalah tersebut setiap hari, mereka berhak mendapat kemudahan lebih sempurna," katanya ketika berucap pada program Sayangi Teratai, Yakini Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Program yang bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli-ahli parti komponen di dalam BN itu bermula dengan perarakan dari Padang Taman Seraya hingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Mewah.

Turut hadir, Pengerusi Gerakan Selangor, Senator A. Kohilan Pillay; Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd. Iszeham Hamid.

Sementara itu, Kohilan yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, penduduk Selangor boleh menilai pembangunan kerajaan negeri yang ditadbir urus oleh pakatan pembangkang.

"Sebelum pilihan raya umum lalu, kerajaan BN banyak membawa pembangunan dalam bentuk infrastruktur dan peluang pekerjaan kepada golongan belia. Setiap tahun kira-kira 30,000 peluang pekerjaan baru diwujudkan.

"Tetapi selepas Selangor ditadbir oleh pakatan, pembangunan yang sebelum ini rancak seolah-olah terbantut kerana tiada rancangan pengurusan yang profesional oleh kerajaan pakatan pembangkang tersebut," jelasnya.

Tambah beliau, peluang pekerjaan baru juga berkurangan separuh iaitu hanya kira-kira 15,000 berbanding apa yang dicatatkan sebelum itu.

KOMEN : BILALAH RASANYA RAKYAT SELANGOR NAK BANGKIT DARI LENA JANJI BULAN DAN BINTANG PUAK PEMBANGKANG NI?

No comments: