Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 June 2012

Ali Hamsa diumum KSN baru


DARI UTUSAN MALAYSIA
20/6/2012
Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan bersama Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr. Ali Hamsa yang bakal dilantik sebagai KSN berkuat kuasa 24 Jun ini pada majlis penyampaian hadiah Pemudah Challenge: Back to School di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 19 Jun - Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menggantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat. Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Dis 1997 hingga 21 April 2009.

Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.

“Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Mohd. Sidek Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. - BERNAMA

KOMEN : YANG PERGI DIUCAPKAN SELAMAT BERSARA DAN YANG DILANTIK DIUCAPKAN SELAMAT BERTUGAS...

No comments: