Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 14 June 2012

Lebih 20,000 hadiri siri ceramah Hasan Ali


Sebahagian daripada orang ramai yang hadir mendengar ceramah dalam siri jelajah Bicara Memperkasakan Ummah oleh Hasan Ali di padang SMK Belimbing Tanah Merah, Kelantan, malam semalam. - UTUSAN/Aizzul A. Majid

TANAH MERAH 12 Jun - Siri jelajah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali untuk membangkitkan kesedaran kalangan umat Islam mengenai ancaman masa depan mereka, Islam dan institusi raja sekiranya pembangkang berkuasa, terus mendapat sambutan orang ramai.

Dalam siri jelajah ke-123 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing di sini malam tadi, lebih 20,000 hadir, jumlah yang disifatkan oleh Hasan sebagai 'luar biasa' dan memberi semangat kepadanya untuk terus menggerakkan usaha bagi menyekat hasrat pembangkang tersebut.

Dalam ceramah Bicara Memperkasakan Ummah bertajuk Islam, Melayu dan Raja Menuju Kehancuran itu, bekas Exco Selangor tersebut menyeru umat Islam khususnya di Tanah Merah agar bersatu bagi menyelamatkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) yang disifatkan beliau menuju kehancuran angkara tindak-tanduk pakatan pembangkang.

"Sampan Islam, Melayu dan institusi raja sedang karam, saudaralah penyelamat kapal ini. Mari kita bersama-sama gerakkan enjin Islam yang dalamnya orang Melayu Islam dan institusi raja, payung adat dan kemuliaan Melayu itu sendiri. Tugas kita besar," katanya.

Majlis ceramah itu dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Membawa Aspirasi Rakyat (Membara) Tanah Merah.

Hadir sama, Pengerusi Membara Tanah Merah, Khairuddin Mohamed dan Penyelaras bersama program Membara yang juga Ketua UMNO bahagian, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Turut berceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri. Dalam ucapan penuh bersemangat dan ada ketikanya bernada sayu, Hasan mengingatkan orang ramai tentang rancangan pembangkang untuk menukar negara ini kepada sebuah republik yang akan menyebabkan Islam, Melayu dan institusi raja hilang.

Beliau turut berkongsi kekecewaan bagaimana ditekan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas ketika hendak membanteras penjualan arak, judi dan kegiatan memurtadkan umat Islam di negeri pimpinan pakatan pembangkang itu semata-mata takut hilang sokongan masyarakat bukan Islam.

"Sebagai Exco Agama, orang Pas suruh saya diam, tunggu dulu sampai kita dapat tawan Putrajaya. Kalau ikut cara itu, saya bukan Hasan Ali, saya memegang amanah Allah," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pemimpin Pas yang menegah kehadiran ahlinya pada Himpunan Sejuta Umat untuk menyelamatkan akidah umat Islam, sebaliknya mewajibkan mereka hadir perhimpunan haram Bersih 3.0.

"Orang Pas tolong dengar dan faham, kita nak laksanakan Islam, tetapi tidak ada ruang langsung dalam pakatan. Marilah orang PKR, Pas tolak apa juga bentuk kesepakatan dengan DAP," seru beliau.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Hasan memberitahu, sambutan siri jelajah yang masuk kali ke-123 itu sangat menggalakkan, namun beliau mahu kesedaran rakyat itu 'dibakar' lagi supaya mereka bangkit untuk menyelamatkan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja.

Mengenai kemuncak siri jelajah tersebut, Presiden Jalur Tiga (Jati) itu berkata, tujuan utama adalah untuk menyedarkan orang Melayu tentang hakikat bahawa IMR kini di ambang bahaya.

Menurutnya, soal sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, ia terserah kepada kehendak rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang diwakilinya.

KOMEN : ALHAMDULILLAH....

No comments: