Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 7 June 2012

KEBEBASAN MEDIA KELDAI HANG

'Permulaan ke arah kebebasan media'
Oleh Norfatimah Ahmad dan Nazura Ngah
bhnews@bharian.com.my
2012/06/07



pix_gal0
 
Parti politik dibenar siar manifesto disambut baik

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang menganggap keputusan Kabinet untuk membenarkan semua parti politik membentangkan manifesto masing-masing menerusi media penyiaran adalah permulaan ke arah ketelusan dan kebebasan media di negara ini.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan keputusan itu satu langkah awal yang progresif ke arah perubahan diharap menghasilkan kesan positif untuk semua pihak terbabit.

Beliau berkata, secara prinsip ia menggambarkan wujudnya keterbukaan kerajaan terhadap cadangan pembangkang bagi menambah baik sistem pilihan raya.

Bagaimanapun, katanya, pembangkang meminta supaya ruang keterbukaan diberikan secara seimbang dan adil kepada semua pihak.

“Kita akan teliti keputusan ini kerana tuntutan sebenar ialah kami diberikan ruang media yang saksama, jika BN diberi ruang masa setengah jam, kita juga perlu diberi tempoh yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu menyambut baik keputusan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu perubahan positif.
 
Bagaimanapun, katanya, keadilan bagi semua parti dalam memberi penerangan berhubung manifesto perlu dilakukan secara sama rata kepada semua parti terbabit.

“Jika BN diberi peluang berkempen, maka kebenaran sama harus diberi kepada semua parti yang bertanding.

“Selain manifesto, PAS mencadangkan semua parti dibenarkan berkempen setengah jam sehari selepas Parlimen dibubarkan sehingga pilihan raya,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, keterbukaan itu perlu kerana rakyat seharusnya mendapat maklumat daripada semua parti yang bertanding, sebelum mereka membuat pilihan.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berharap peluang yang diberikan kepada semua parti politik termasuk parti pembangkang untuk menyiarkan manifesto masing-masing dapat dilaksanakan secara adil dan saksama.

“Amalan seumpama ini biasa dilihat di Australia dan United Kingdom ketika berlangsungnya pilihan raya negara berkenaan,” katanya. 

KOMEN : TAK PAYAHLAH NAK BERSIARAN... POSTER PUAK PEMBANGKANG NI DAH MERATA DIPINGGIR-PINGGIR JALANRAYA... TAK PUAS LAGI... SIKIT-SIKIT AMALAN DILUAR NEGARA.. PERGILAH TINGGAL KAT SANA...

1 comment:

Anonymous said...

KEHKEHKEH XDE BEZA PUN BROO..MANIFESTO CUMA NAK SAMPAIKAN JANJI2 JEK. YG PENTING BILE BUAT JANJI TU DI TEPATI ATAU TAK..TP PEMBANGKANG LBEY SUKE BERETORIK DAN TABUR JANJI KOSONG MANJANG HUHUHHU