Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 13 June 2012

Peserta perhimpunan Bersih dihasut rempuh polis


DARI UTUSAN MALAYSIA 
13/6/2012


KUALA LUMPUR 12 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat awal akan menghadapi ancaman daripada peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, maklumat itu diperoleh pada satu majlis dua hari sebelum perhimpunan berkenaan diadakan.

Sehubungan itu tambahnya, pasukan keselamatan telah membuat persiapan rapi daripada segala segi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan itu terjamin.

"Kita telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan membuat persiapan sewajarnya, termasuk kekuatan anggota yang mencukupi dan logistik," katanya menjawab soalan tambahan  

Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai persiapan dan sejauh mana KDN bersedia menangani kemungkinan yang berlaku ketika perhimpunan haram itu di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Abu Seman, pihaknya turut menerima maklumat bahawa pihak pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menghasut para peserta yang hadir kira-kira 3,000 orang supaya bertindak agresif hingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya, dalam majlis tersebut, pembangkang juga telah mengapi-apikan dan membakar semangat peserta untuk mengambil tindakan, antaranya jika Dataran Merdeka dikawal oleh pihak polis, peserta akan merempuh masuk.

Sementara itu, Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) mempersoalkan adakah kerajaan perlu mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 ke atas pembangkang kerana dipercayai menghasut peserta menyertai perhimpunan itu.

Lilah berkata, segala bukti dan maklumat yang dikumpulkan oleh pihak polis jelas membuktikan pembangkang telah melanggar undang-undang dengan menghasut rakyat menyertai perhimpunan haram itu.

Menjawab soalan Lilah, Abu Seman menjelaskan, penubuhan Panel Penasihat Bebas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar adalah untuk mencari kebenaran yang sebenar, termasuk jika melibatkan pembangkang.

"Menerusi maklumat yang diperoleh dalam siasatan ini, jika ada bukti kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya.

KOMEN : JANGAN CAKAP AJE... ORANG YANG MENGHASUT TU MASIH LEPAS BEBAS DAN BERKELIARAN MENABUR FITNAH DAN TERUS MENGHASUT.. RAKYAT MEMERHATI DAN MENUNGGU APA KERAJAAN AKAN BUAT TERHADAP PENGKHIANAT NEGARA INI?

No comments: