Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 12 June 2012

Mengubah destini anak Orang Asli ke UiTM



MASYARAKAT Orang Asli Ulu Kemensah mendengar taklimat peluang melanjutkan pelajaran daripada mahasiswa Fakulti Pendidikan UiTM.

PROGRAM Mengubah Destini Anak Bangsa merupakan misi dan matlamat Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu. anak-anak Orang Asli dan bumiputera luar bandar, juga di bandar.

Bagi melaksanakan misi meningkatkan peranan UiTM untuk memartabatkan bangsa Melayu, memberi pendidikan kepada anak-anak Melayu dan bumiputera itu baru-baru ini seramai seramai 52 mahasiswa Fakulti Pendidikan menganjurkan Program Khidmat Masyarakat (OPKIM) Jelajah Orang Asli di Ulu Kemensah baru-baru ini.

Program anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pendidikan (SMFP) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PMFP) adalah bagi menyahut seruan Naib Canselor Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, untuk sama-sama mengubah nasib orang asli yang hidup pada paras kemiskinan.

Pengarah Projek, Farah Nadzirah Khairuddin, program yang dinamakan Program Mengubah Destini Anak Bangsa tersebut bertujuan memberi peluang kepada anak-anak orang asli melanjutkan pengajian dari peringkat pra-diploma hinggalah ke peringkat ijazah lanjutan.

"Anak-anak orang asli yang ditawarkan peluang melanjutkan pengajian dari peringkat pra-diploma hinggalah ke peringkat ijazah lanjutan akan diberi pelbagai keistimewaan seperti pengecualian bayaran yuran dan kemudahan kolej kediaman percuma.

"Program OPKIM selama tiga hari ini merupakan suatu rancangan projek jangka panjang melibatkan beberapa fasa program dalam usaha membawa transformasi kehidupan masyarakat Orang Asli,"katanya.

Farah Nadzirah berkata, bagi program fasa pertama ini, ia diterapkan dengan tiga elemen penting iaitu pendidikan, kebudayaan dan sosial.

Jelasnya, melalui program ini warga Fakulti Pendidikan dapat mendekati dan membantu masyarakat Orang Asli Ulu Kemensah yang agak terpinggir dari sudut pendidikan dan ekonomi masyarakat setempat.

"Oleh itu, kami menerangkan kepada masyarakat Orang Asli tersebut tentang objektif program untuk memberi pendidikan asas dan kesedaran tentang kepentingan pelajaran demi mengubah nasib mereka.

"Bagi memberi impak kepada program ini, para peserta seramai 52 orang itu menjadi ahli keluarga masyarakat di situ melalui konsep 'keluarga angkat' di mana mereka dibahagikan kepada 17 buah keluarga orang Asli yang menetap di situ,"ujarnya.

Katanya lagi, Tok Batin Kampung Orang Asli tersebut yang mesra dipanggil Ibak menjelaskan masyarakat Orang Asli di sini agak pemalu untuk berinteraksi dengan masyarakat luar namun kedatangan rombongan dari UiTM mendapat sambutan penyertaan yang menggalakkan.

Lebih menarik apabila masyarakat Orang Asli tersebut mempersembahkan tarian Semah yang menjadi tradisi dan kebanggaan penduduk Orang Asli di sana.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan lain juga turut berlangsung di kampung tersebut seperti gotong-royong perdana, pertandingan mewarna, sukan rakyat dan sesi 'grooming'.


No comments: