Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 14 June 2012

SPRM KENA JAWAB.. KENAPA?

Saya ada bukti baru - Ummi
Ummi Hafilda Ali

KUALA LUMPUR 12 Jun - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mendakwa beliau 'menyimpan' bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemilikan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Beliau berkata, pihaknya bersedia menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta berbuat demikian oleh suruhanjaya terbabit.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan tindakan SPRM yang seakan-akan 'mendiamkan diri' apabila segala bukti berhubung dakwaan berkenaan telah diserahkan.

"Saya ada banyak bukti baru tentang akaun itu dan akaun-akaun lain yang belum pernah didedahkan. Saya cari waktu yang sesuai (untuk dedah). Kalau terpaksa bantu SPRM dalam siasatan, itu satu tanggungjawab dan saya sedia.

"Kita mahukan keadilan. Tetapi apa yang mengecewakan apabila bukti sudah diberikan, beribu-ribu laporan polis dibuat, kenapa SPRM tak siasat? Apa guna bagi bukti kalau tak diendahkan? Tidak siasat pun. Kenapa?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberi reaksi terhadap kenyataan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali bahawa siasatan berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai pemilikan 20 akaun oleh Anwar akan dijalankan jika bukti-bukti baru yang berkaitan dikemukakan.

Pada masa sama, suruhanjaya itu tidak akan membuka siasatan yang telah diarah tutup oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ummi Hafilda berkata, beliau turut merasa kecewa dengan SPRM yang hanya pantas mengambil tindakan jika sesuatu dakwaan itu melibatkan kerajaan atau 'orang' politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Kalau melibatkan kerajaan, BN, cepat (ambil tindakan), walaupun tiada bukti kukuh. Bukan niat saya nak persoal integriti SPRM. Tetapi, apakah bukti-bukti yang telah diberikan selama ini tak relevan?

"Banyak bukti yang diserahkan, apakah tiada satu yang boleh 'sangkut'?" tegas Ummi Hafilda lagi. Mengenai pendedahan Abdul Murad terhadap pemilikan 20 akaun oleh Anwar, jelasnya , bekas Penolong Gabenor BNM itu semestinya tahu segala-galanya.

"Beliau (Abdul Murad) tahu maklumat lengkap dan sudah membuat pengakuan sumpah. Kata-kata beliau mesti ada kekuatannya dan bukan untuk 'main-main'. SPRM boleh periksa," katanya.

KOMEN : LAMA DAH TUNGGU... SENYAP AJE....  HELLO ANYBODY HOME....

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekadar peringatan bagi yang terlupa."Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)
Berhati-hati dalam 'posting' yang di paparkan kerana ianya kelak bakal dipersaksikan di padang mahsyar.