Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 1 June 2012

Pasukan khas siasat kenyataan Nizar
MOHD. Fadil Muskon (tengah) menunjukkan laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar berkenaan kenyataan yang dianggap biadab kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim di Balai Polis Sentral, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/nasirruddin yazid

JOHOR BAHRU 30 Mei - Polis negeri ini akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff berkata, sehingga petang ini pihaknya telah menerima lapan laporan berhubung kenyataan pemimpin Pas Perak itu dan siasatan mengenainya akan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948.

“Pihak kami akan meneliti dan melengkapkan kertas siasatan terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya. Justeru, saya berharap semua pihak dapat menghormati undang-undang negara ini dan tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, Mohamad Nizar menerusi akaun Twitter miliknya mengeluarkan komen, Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor hari ini membuat laporan polis menuntut pasukan itu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap Mohammad Nizar atau mana-mana individu yang menggunakan media sosial sama ada Twitter atau Facebook untuk menyokong kenyataan fitnah terhadap Sultan Ibrahim.

Ketua pergerakan itu, Mohd. Fadil Muskon berkata, peruntukan undang-undang sedia ada perlu dilaksanakan dengan tegas ke atas mereka yang terlibat sebagai pengajaran agar kejadian sama tidak berulang.

“Kami menganggap Mohammad Nizar sebagai seorang yang biadab dan kurang ajar terhadap baginda Sultan Johor. Tindakannya ibarat menghasut rakyat untuk mencemar kesucian institusi diraja keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral hari ini.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru yang diwakili ketuanya, Khalid Mohamed bersama 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandar raya ini turut membuat laporan di balai yang sama berhubung isu berkenaan.

Antara NGO yang turut serta adalah Persatuan Pesara Kerajaan; Persatuan Pemandu Teksi dan  Kereta Sewa; Kelab Rakan Muda dan Persatuan Sahabat yang turut membawa sepanduk mendesak mana-mana pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap kenyataan biadab Mohammad Nizar.

KOMEN : DIA MARAH TU SEBAB BIDAAN DIA TAK MENGENA... KALAU MAMPU NAK BAYAR CIPUT JANGAN SALAHKAN ORNAG YANG MAMPU NAK BAYAR MAHAL.... INI MESTI MEROYAN PASAL KENA PULANGKAN CAMRY KERAJAAN PERAK... PASAL PLAT KERETA PUN NAK DIPOLITIKAN... OTAK UDANG KE APA? PADAN MUKA KAU NIZAR...

No comments: