Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 4 June 2012

BILA HILANGNYA NILAI SIFAT MALU....

Azmin terus didesak, dicabar
SEBAHAGIAN daripada para belia memegang sepanduk sebagai tanda protes pada demonstrasi secara aman di hadapan rumah Azmin Ali di Taman Tun Abdul Razak, Ampang, semalam. - MINGGUAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 2 Jun - Sekumpulan individu yang mewakili Pergerakan Pemuda UMNO serta Pertubuhan Belia daerah Ampang Jaya hari ini berhimpun secara aman di hadapan kediaman Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, mencabar pemimpin itu tampil memberi penjelasan berhubung semua dakwaan terhadapnya.

Menurut ketua perhimpunan itu, Safarizul Mustafa, gesaan itu dibuat berikutan sikap Azmin yang berdiam diri atau berdolak-dalik setiap kali timbul tuduhan salah laku melibatkannya dan keluarga.

"Sebelum ini, jika ada sebarang isu mengaitkan pemimpin lain khususnya daripada pihak kerajaan, Azmin adalah individu yang paling beria-ia muncul kononnya menuntut keadilan atau penjelasan.

"Bagaimanapun, kenapa beliau bertindak sebaliknya apabila wujud dakwaan mengaitkannya. Azmin terus berdiam diri atau tidak mengaku salah apabila terkena diri sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas berhimpun kira-kira 10 minit bersama kira-kira 30 wakil pertubuhan dan membawa pelbagai sepanduk.

Semalam, sekumpulan penduduk Bukit Antarabangsa menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu tampil membuktikan beliau bukanlah individu yang dikaitkan dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog pada 30 Mac lalu.

Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor/Wilayah Persekutuan turut menggesa Azmin membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan proses siasatan berhubung pemilikan harta yang tidak munasabah.

Terdahulu, adik kepada Azmin, Ummi Hafilda turut mendedahkan dokumen sebahagian daripada aset yang dimiliki oleh abangnya itu dan Shamsidar dipercayai bernilai lebih RM30 juta.

Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer saham, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Kekayaan luar biasa itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana ketika itu, Azmin bekerja sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menerima gaji hanya sebanyak RM2,442 manakala isterinya pula hanyalah seorang suri rumah yang tidak bekerja.

KOMEN : KASIAN ANAK-ANAK DIA? APA NAK JADI JANGAN KATA NAK DISAHKAN.... NAFI PUN TIDAK...?

No comments: