Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 June 2012

Bersama tempuh cabaran - TPM


MUHYIDDIN Yassin meluangkan masa bersarapan bersama masyarakat setempat yang terdiri daripada berbilang kaum pada program Walkabout di Pekan Minggu Changkat Jering, Taiping, Perak, semalam. - BERNAMA

TAIPING 17 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat untuk terus bersama-sama kerajaan bagi menempuh cabaran genting dalam tempoh lapan tahun akan datang demi memastikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020 menjadi realiti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, matlamat itu tidak akan mampu direalisasikan barisan kepimpinan negara semata-mata sebaliknya memerlukan dokongan serta aspirasi rakyat agar negara mampu mengecapi kejayaan lebih besar pada tahun-tahun mendatang.

Berucap di hadapan kira-kira 70,000 rakyat berbilang kaum semasa merasmikan program Janji Ditepati Peringkat Perak di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kamunting, di sini, Muhyiddin menegaskan, perpaduan rakyat juga menjadi pemangkin kepada kejayaan itu.

"Tetapi usaha kerajaan sahaja tidak memadai, ia didokong oleh aspirasi rakyat. Ia menjadi pendorong kepada pemimpin kerajaan untuk merangka usaha-usaha supaya negara kita menjadi negara maju, negara contoh.

"Cabaran besar yang kita hadapi dalam lapan tahun ini adalah untuk kita memasuki ambang 2020, waktu yang mana Malaysia dikatakan menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri," katanya. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjadi tonggak pemerintahan negara sejak lebih lima dekad lalu telah mewujudkan dasar yang jelas mengenai hubungan kaum sehingga menjadi sebuah negara pelbagai etnik yang pesat membangun dan dicontohi dunia.

Beliau menarik perhatian teori yang dikemukakan dalam buku bertajuk The Plural Society tulisan ahli sosiologi, G.M Smith yang menekankan bahawa negara pelbagai kaum sukar dibangunkan kerana bakal berdepan pelbagai masalah kaum.

"Tetapi terbukti, teori yang ini dapat kita tidakkan apabila kita di Malaysia, walaupun mempunyai latar belakang, adat resam dan budaya yang berbeza dengan pelbagai warna kulit, ia tidak berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak setiap lapisan rakyat yang cintakan keamanan menolak cubaan mana-mana pihak merosakkan perpaduan antara kaum yang menjadi asas kepada kemakmuran negara sejak sekian lama.

"Kita tidak mahu membenarkan pihak tertentu dengan tujuan tertentu, atas masalah politik tertentu, ideologi dan kepentingan tertentu, melakukan sesuatu sehingga mewujudkan suasana tidak senang dalam negara kita.

"Maka, ada undang-undang yang dikenakan supaya hasutan dan lain-lain dicegah dan tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya di negara kita. Ini janji kerajaan BN," katanya.

Muhyiddin menambah, hubungan antara kaum yang selama ini dijalin atas prinsip persefahaman mesti dipertahankan bagi mengelakkan negara terjerumus dalam krisis hubungan kaum yang akan mendatangkan kesan buruk kepada negara.

KOMEN ; APA NAK FIKIR LAGI... UNDI AJE BN UNTUK KEMAJUAN BERTERUSAN...

No comments: