Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 14 June 2012

Forum Air Selangor tidak seimbang


DARI UTUSAN MALAYSIA
14/6/2012


SHAH ALAM 12 Jun - Penganjuran Forum Air Selangor 2012 yang sepatutnya diadakan secara seimbang bagi mencari jalan penyelesaian mengenai masalah perkhidmatan bekalan air di negeri ini bertukar menjadi satu perbincangan berat sebelah.

Ini kerana peserta yang hadir hanya terdiri daripada Exco kerajaan negeri, pegawai dari agensi kerajaan negeri serta Ahli Parlimen dari pakatan pembangkang selain wakil media dan segelintir orang awam.

Lebih memeranjatkan apabila syarikat konsesi yang bertanggungjawab menguruskan air di negeri ini iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) langsung tidak dijemput oleh penganjur untuk menghadiri forum berkenaan. Selain Syabas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) juga tidak dijemput untuk menghadiri forum tersebut.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi alasan Syabas tidak dijemput ke forum berkenaan kerana menganggap kehadiran syarikat konsesi itu tidak membawa sebarang makna.

"Kita hanya menjemput mana-mana pihak yang boleh membantu kita mencari jalan penyelesaian secara bersama. Tindakan Syabas mengheret kerajaan negeri ke mahkamah menunjukkan mereka tidak sesuai untuk dipanggil ke forum ini kecuali sekiranya mereka menarik balik kes tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penutup forum tersebut di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Hadir sama. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim.

Forum berkenaan dianjurkan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor susulan daripada masalah kekurangan sumber air di negeri ini yang dijangka berlaku menjelang 2014.

Masalah kekurangan sumber air itu diramal berlaku sekiranya Kerajaan PKR Selangor terus berdegil enggan memberi kebenaran membangunkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Bagaimanapun, forum berkenaan boleh dianggap gagal kerana kesemua panel yang dijemput langsung tidak memberi jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bersama kerajaan Persekutuan.

Kesemua panel mengutarakan pandangan yang hanya menyebelahi Kerajaan PKR Selangor tanpa mengambil kira pandangan pakar dan kerajaan Pusat tentang masalah air di negeri ini sebelum ini.

Malah, tanpa membantu mencari titik tengah untuk menyelesaikan masalah sumber air di negeri ini, Pengarah Kawal Selia Air Selangor, Datuk Noordin Sulaiman terus mendesak supaya model penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri ini dilaksanakan.

Noordin yang menjadi salah seorang panel pada forum tersebut berkata, model penstrukturan semula yang dicadangkan itu perlu dilakukan secara holistik dengan kerajaan negeri perlu mengambil semula urusan pentadbiran air di negeri ini.

"Dengan pengambilalihan semula urusan perkhidmatan air itu, kerajaan negeri boleh memantau kadar tarif air supaya ia tidak naik secara berleluasa," katanya.

KOMEN : KERANA YANG BODOH DISANGKA CERDIK.... MASALAH AIR PUN BERLARUTAN TANPA ADA PENYELESAIAN... SEMUANYA SALAH ORANG LAIN WALAUPUN ANGKARA BUSUK HATI DATANG DARI DIRI SENDIRI... FORUM TAK JEMPUT PUN RAKYAT SELANGOR.. KENAPA YA?????

No comments: