Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 14 June 2012

Gantikan peranan Majlis Peguam





KUALA LUMPUR 12 Jun - Kerajaan digesa supaya mewujudkan Jawatankuasa Peguam di setiap negeri yang bidang kuasanya setaraf dengan kuasa autonomi Jawatankuasa Peguam di Sabah dan Sarawak bagi menggantikan peranan Majlis Peguam.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim/Bandar Baharu) berkata, langkah itu penting kerana Majlis Peguam kini sudah menjadi seolah-olah parti komponen kepada pakatan pembangkang dan tidak lagi menjaga kebajikan ahli.

Beliau yang juga ahli dan bekas Exco Majlis Peguam menambah, langkah mewujudkan Jawatankuasa Peguam di setiap negeri dan memberi kuasa autonomi menjadi amalan di Amerika Syarikat dan Australia sehingga berupaya menambah baik mutu khidmat guaman di negara itu.

"Kita bercakap bukan soal menambah baik Majlis Peguam yang terbukti tidak layak, tiada integriti dan 'bias'. Kita bercakap soal untuk menambah baik sektor khidmat guaman di negara kita dan saya fikir kita perlu mencontohi Amerika Syarikat dan Australia.

"Kerajaan perlu wujudkan Jawatankuasa Peguam di setiap negeri dengan kuasa yang sama sebagaimana di Sabah dan Sarawak. Selepas itu peguam bebas memilih menyertai jawatankuasa mana dan tidak terikat dengan Majlis Peguam.

"Kemudian baru kita wujudkan Akademi Undang-undang untuk membantu mereka yang mempunyai latar belakang guaman," kata beliau semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, rang undang-undang yang dibahaskan tidak sepatutnya memberi lebih kuasa kepada Majlis Peguam kerana badan berkenaan sendiri tidak menghormati Seksyen 42 Akta Guaman yang menjadi teras penubuhan majlis tersebut.

Katanya, menerusi Seksyen 42, Majlis Peguam sepatutnya bertindak sebagai badan berkecuali dan perlu berani menegur mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan tanpa rasa takut dan bimbang.

"Malangnya, Majlis Peguam bukan sahaja tidak konsisten tetapi menjadi seperti parti komponen pembangkang. Di mana suara Majlis Peguam ketika pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes 16 September walaupun secara terang-terangan membelakangi prinsip demokrasi?

"Di manakah suara Majlis Peguam dalam kes Kampung Buah Pala? Kenapa membisu dalam kes cubaan memurtadkan orang Islam? Kenapa tidak mempertikaikan tindakan pihak gereja memurtadkan Lina Joy sedangkan semua ini jelas menyalahi undang-undang dan Perlembagaan?" tegasnya.

KOMEN : SETUJU SANGAT... BIARLAH PARA PEGUAM KAT MALAYSIA NI MEMILIH PERSATUAN/MAJLIS PEGUAM YANG MEREKA MAHU... BUKAN DIPAKSA MENJADI AHLI PERSATUAN/MAJLIS YANG DAH TERPESONG AGENDA PERTUBUHANNYA... RASANYA PEGUAM-PEGUAM KAT MALAYSIA NI BIJAKSANA BELAKA... JANGAN DIPERBODOHKAN OLEH WAKIL PERSATUAN/MAJLIS PEGUAM KAMU YANG PUNYA AGENDA SERONG !!!!

No comments: