Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 4 June 2012

MANA ADA PERPADUAN - PUAK PEMBANGKANG KATA...

Perpaduan rakyat diiktiraf
DARI UTUSAN MALAYSIA
4/6/2012
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penghuni dan penduduk sekitar Rumah Panjang Jana Saweng ketika menghadiri Majlis Ngabang Gawai Dayak di Batu Mulup, Julau, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

PAKAN 3 Jun - Kejayaan Malaysia dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama diiktiraf pemimpin dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kejayaan menyatupadukan rakyat dalam segala aspek itu dikagumi pemimpin-pemimpin dunia termasuk dari negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

"Malaysia boleh jadi negara model dan contoh kepada dunia, ini bukan Barisan Nasional (BN) yang cakap, jauh sekali pembangkang...orang luar iktiraf kejayaan kita, kejayaan itu adalah hakikat dan realiti yang sebenar," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 penduduk Rumah George anak Chunggut Nanga Nansang dan sekitar Pakan di sini, hari ini.

Katanya, dua senator dari AS yang datang ke Malaysia baru-baru ini kagum dengan kejayaan kerajaan BN mengekalkan keharmonian rakyat negara ini.

Najib berkata, gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.

Menurutnya, sambutan perayaan-perayaan masyarakat di negara ini seperti Gawai Dayak mencerminkan kepelbagaian budaya yang boleh diterima semua rakyat di mana-mana pun di Malaysia.

"Kita sambut Gawai Dayak dengan rasa syukur bahawa negara Malaysia diiktiraf sebuah negara berjaya, sebelum saya luahkan gagasan 1Malaysia, Sarawak pada hakikatnya sudah amal semangat 1Malaysia selama ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sejak memegang tampuk kepimpinan negara tiga tahun lalu banyak kemajuan telah dibawa ke Sarawak termasuk di kawasan-kawasan pedalaman.

Katanya, untuk memastikan pembangunan itu dapat diteruskan, BN perlu diberi mandat semula pada pilihan raya umum akan datang kerana usaha memajukan negara memerlukan perbelanjaan yang besar serta bukannya mengambil masa singkat.

"BN akan terus bela, kita perlu dapat mandat baru. Kalau tiga tahun banyak ini kita buat...tambah lagi lima tahun lagi banyak lagi perubahan besar berlaku di negeri Sarawak," katanya.

Sementara itu, Najib yang tertarik dengan lagu tempatan bertajuk `Berkikis Bulu Betis’ berkata, lagu tersebut memang unik kerana ia menggambarkan kesungguhan rakyat Sarawak untuk bangkit maju walau apa pun cabaran yang perlu ditempuh.

Katanya, sebagai mengiktiraf lagu tempatan itu beliau berharap lagu karya Andrewson Ngalai itu dapat diangkat menjadi lagu nasional dan dinyanyikan pada Hari Merdeka dan Hari Malaysia nanti.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang juga Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom. - BERNAMA

KOMEN : MANA ADA PERPADUAN KATA PUAK PEMBANGKANG, SEBAB TULAH KERAJAAN BN YANG AMAN DAMAI INI WAJIB DITUMBANGKAN.... DAN DIGANTIKAN DENGAN PAKATAN TUNGGANG-LANGGANG MEREKA YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA... JIKA KERAJAAN BN TUMBANG... ORANG MELAYU AKAN ROBOH...

No comments: