Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 6 June 2012

TO TONY : TIADA YANG PERCUMA DI DUNIA INI...

Tony: DRB-Hicom warisi 'kekalutan' Lotus?
DARI UTUSAN MALAYSIA
4/6/2012


KUALA LUMPUR 3 Jun - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan DRB-Hicom mewarisi 'kekalutan' dalam Kumpulan Lotus.

Dalam pernyataan akaun Twitternya @tonyfernandes hari ini, beliau berkata, segala kekalutan dalam Kumpulan Lotus kini akhirnya terjawab setelah tiada siapa mahu mendengar pendirian pihaknya sebelum ini.

''Ego adalah perkara yang buruk. (Kami) disaman oleh Kumpulan Lotus. Ditinggalkan oleh Clive Chapman (Pengerusi Lotus F1). Semuanya tidak perlu berlaku pun. Sekarang kami sangat gembira di Caterham,'' katanya.

Ia adalah ulasan pertama Tony berhubung perkembangan dalam Proton Berhad selepas pengambilalihan saham utama syarikat itu oleh DRB-Hicom, baru-baru ini.

Minggu lalu, DRB-Hicom mengesahkan tindakan menggantung tugas Ketua Eksekutif Kumpulan Lotus, Dany Bahar dan perletakkan jawatan Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuat kuasa 4 Julai ini.

Tony terjerumus dalam pertikaian mahkamah oleh Kumpulan Lotus ekoran isu penggunaan jenama Lotus bagi pasukan lumba Formula 1 yang dimilikinya.

Bagi musim 2012 ini, Tony bertindak menukar nama pasukan kepada Caterham F1 Team. Dalam tiga pernyataan Twitternya itu, Tony berkata, Pengerusi Eksekutif Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil adalah seorang lelaki yang baik tetapi beliau mewarisi masalah dalam Kumpulan Lotus.

''Kami sepatutnya boleh melakukan banyak perkara bersama Kumpulan Lotus dan pasukan F1 dalam semangat sebenar Lotus, membinanya daripada awal tanpa perlu menamakan semula pasukan dan menghasilkan kereta yang orang ramai mahukan,'' tulis Tony.

''Kini kami mencipta semula semangat Lotus dalam Caterham. Hari-hari menarik bakal mendatang,'' tambah beliau.

Pada 28 Mei lalu, Mohd. Khamil mengesahkan DRB-Hicom tidak akan menjual Lotus yang dianggap boleh membawa nilai tinggi kepada Proton kerana ia merupakan jenama ikon yang dikenali dunia dari segi teknologi dan kejuruteraannya.

Katanya, Proton dan DRB-Hicom akan terus menilai pelan perniagaan dan kedudukan kewangan Lotus dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

KOMEN : BERITAHU SAMA INI TONY, DALAM DUNIA SEKARANG NI MANA ADA ISTILAH FREE... MANA BOLEH GUNA NAMA SYARIKAT ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI... MAHU INGATLAH NAK KENCING PUN KENA BAYAR... MARAH SANGAT DIA KAT LOTUS...? KENAPA SEMUANYA NAK SURUH KERAJAAN LAYAN DIA MACAM RAJA...!!!!

No comments: