Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 18 January 2012

WAJIB TOLAK PEMBANGKANG


Jangan buka jalan kepada hubungan sejenis
DARI UTUSAN MALAYSIA
18/1/2012



KOTA BHARU 17 Jan. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang negara berkaitan kegiatan seks songsang, lebih teruk daripada fahaman sekular.

Menurut Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dakwaan menyatakan undang-undang negara yang mengekang perlakuan luar tabii itu sebagai lapuk dan tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan, bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, Islam melarang sama sekali umatnya daripada terjebak dalam perlakuan tersebut dan mana-mana pihak yang dilihat cuba mempromosi atau menyokong kegiatan itu, wajib ditentang.

"Fahaman sekular ini, semua agama adalah sama tinggi, orang Islam dan kafir sama. Ini nak hapuskan orang Islam. Ini bukan dasar politik suku agama suku tetapi dasar seteru Islam.

"Dasar sekular ini banyak diamalkan di negara Eropah di mana perkahwinan sejenis dihalalkan. Adakah ini yang dikehendaki oleh Datuk Seri Anwar?

"Sekiranya undang-undang negara yang mengekang perlakuan diluar tabii dihapus atau dipinda, itu bererti kita membuka jalan kepada hubungan sejenis ini, kita halalkan perlakukan itu.

"Masyarakat khususnya umat Islam kena faham dan pertahankan undang-undang yang menyekat perlakukan yang ditentang oleh agama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan seks songsang tersebut dengan menyifatkannya sebagai lapuk dan tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

Mengulas lanjut tindakan Anwar itu, Abdullah mempersoalkan tindakan pemimpin Pas yang masih memberikan sokongan kepada pemimpin terbabit, walaupun tindak-tanduknya kebelakangan ini bertentangan dengan perjuangan parti itu yang mendakwa menegakkan Islam.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat supaya lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memberikan sokongan kepada Anwar serta pakatan pembangkang kerana dikhuatiri mereka mempunyai agenda tidak baik yang boleh merosakkan bangsa dan negara.

"Wajib tolak pembangkang yang cuba merosakkan negara dan masyarakat dengan idea dan dasar yang bukan-bukan," katanya.

No comments: