Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 12 January 2012

TAKTIK PRU13 SELEPAS ANWAR DIBEBASKAN

ISU-ISU AKHBAR CINA
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/1/2012


AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 10 Januari 2012 melalui ruangan pendapatnya menyiarkan tulisan Timbalan Editorial akhbar, Lim Sue Guan berkenaan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ini boleh mempengaruhi situasi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk kedua-dua parti pembangkang dan parti pemerintah, ada baik dan ada buruknya kepada kedua-dua belah pihak.

Anwar tidak dipenjarakan, Barisan Nasional (BN) boleh menghindari tohmahan pakatan pembangkang yang selama ini secara berterusan menghentam kerajaan dalam ceramah-ceramah mereka di seluruh negara.

Adegan tangisan keluarga Teoh Beng Hock sebelum ini telah menghakis tiket-tiket undi BN. Sekiranya tangisan keluarga Anwar juga berterusan, tekanan kepada politik BN juga tidak dapat dijangka.

Sama ada Anwar terlibat dengan kes liwat, tidak ramai orang yang mempercayainya terutama sekali puak pengikut tegar beliau sendiri.

Mengambil contoh soal selidik isu “Datuk T" yang membongkar klip video seks, hanya 19 peratus yang mempercayai “Datuk T", 30 peratus daripadanya tidak percaya dan 51 peratus lagi tidak pasti.

Dengan itu, dapat diramalkan bahawa kes liwat Anwar juga tidak begitu ramai yang mempercayainya.

Selepas Anwar diadili, BN boleh memberitahu kepada orang ramai bahawa sistem penghakiman di negara kita bebas, pihak kerajaan tidak mengganggu sebarang keputusan penghakiman.

Sebenarnya, pihak berkenaan sudah cuba sedaya upaya untuk menghindari kes Anwar yang boleh menjadi kekuatan untuk dipergunakan oleh pakatan pembangkang termasuk pihak polis yang cuba membersihkan diri dengan tidak mengambil tindakan secara kekerasan kerana tahu masyarakat antarabangsa memerhatikan kes ini.

Jika berlaku keadaan yang tidak terkawal seperti perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011, pasti BN akan menerima kesan kritikan.

Diramalkan pihak pejabat Peguam Negara tidak akan membuat rayuan dalam kes ini terutama sekali apabila waktu PRU sudah semakin hampir.

Pada mulanya, pakatan pembangkang telah membuat persediaan situasi terburuk, mereka bersedia untuk memutuskan pengganti tetapi sehingga saat-saat akhir pakatan pembangkang tiada calon yang sesuai.

Wan Azizah tiada peluang kerana disebabkan tidak dapat bertanding pada PRU akan datang, Azmin pula belum cukup kaliber, Hadi Awang dan Nik Aziz pula dikatakan tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk memimpin dan rekod Tengku Razaleigh pula kurang memuaskan.

Apabila Anwar tidak bersalah, mereka dapat selesaikan semua masalah itu. Pakatan pembangkang dapat memastikan perbalahan antara DAP dan Pas tidak akan meletup kerana Anwar dikatakan dapat menstabilkannya dalaman pakatan.

Keputusan liwat memang tidak memihak kepada BN serta telah memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang, memang di luar jangkaan BN.

Pas mendapat kritikan kerana melucutkan keahlian Datuk Dr. Hasan Ali, exco kerajaan negeri Selangor, Karpal Singh dengan Ramasamy pula kini sudah berbaik-baik semula.

Pada keseluruhannya, pakatan pembangkang tiada masalah dan isu besar lagi, sebaliknya dalaman BN di Sabah dan Sarawak semakin goyang.

Selepas kes liwat diputuskan, BN dan pakatan pembangkang terpaksa menyusun semula rancangan mereka untuk hadapi PRU.

Satu kesilapan besar jika BN terus menggunakan isu liwat untuk menyerang Anwar Ibrahim. Kami percaya, pakatan pembangkang akan terus memainkan isu rasuah, terutama sekali isu lembu, selepas itu mereka menunggu peluang di mana ada silap BN.

Anwar dibebaskan, adakah bermakna PRU akan berlaku pada Mac?

Ada dua pandangan dan jangkaan yang boleh diambil. Pertama, PRU akan diadakan secepat yang mungkin kerana pakatan pembangkang tidak dapat gunakan taktik simpati. Kedua, pandangan pemimpin-pemimpin pembangkang, keputusan mahkamah telah merosakkan langkah BN dan mungkin PRU akan ditangguhkan.

KOMEN : CINA NI PUN CUBA MENYALAHKAN UMNO DALAM KES ANWAR VS SAIFUL... APA SALAHNYA BULAN MAC, PRU DIADAKAN... ANWAR BEBAS TETAPI TETAP MELIWAT...

No comments: