Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 12 January 2012

JANJI SHAH ALAM DAP

DAP PIMPIN PENDEMOKRASIAN MALAYSIA?
ISU-ISU AKHBAR CINA
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/1/2012



AKHBAR China Press bertarikh 9 januari 2012 melalui ruangan dalam negerinya memaparkan berita berkaitan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Guan Eng membentangkan “Janji Shah Alam” di mana DAP akan memimpin Malaysia ke arah pendemokrasian supaya mencapai kemakmuran negara dan agar Malaysia dihormati dalam mencapai cita-cita “Impian Malaysia”.

Beliau berkata, negara ini mempunyai sumber kekayaan asli yang banyak tetapi selepas 55 tahun merdeka, sistem ekonomi dan masyarakat terjerumus kepada gejala kroni dan rasuah.

“Ia bukan sahaja merugikan dalam sistem politik di negara kita. Jika tidak ditangani dengan segera, negara kita akan menuju ke arah kemusnahan,” ujarnya.

Tambahnya, DAP telah menunggu peluang untuk membuat perubahan itu selama 46 tahun dan menyeru semua ahli parti berganding bahu, tetapkan langkah untuk mara ke negara impian itu.

Beliau juga memberi jaminan, DAP selamanya tidak akan tunduk kepada BN bagi mengejar impian negara itu kerana DAP bukan sahaja mahukan kemenangan malah mahu bertahan habis-habisan.

Berkenaan sasaran Pulau Pinang membasmi kemiskinan menjelang 2015, Guan Eng menjelaskan DAP mewakili perubahan, kesederhanaan serta harapan yang mampu memberi kepuasan dan harapan rakyat.

“Setelah DAP memerintah Pulau Pinang selama empat tahun, parti ini memperoleh keputusan markah lebih baik daripada BN yang memerintah selama 50 tahun. Kami mensasarkan pada tahun 2015, Pulau Pinang menjadi negeri yang pertama membasmi kemiskinan,” katanya.

Tambahnya, di bawah kepimpinan BN, beban membayar hutang oleh kekeluargaan negara pada 2010 sebanyak 47.8 peratus iaitu separuh daripada pendapatan yang diperolehi isi rumah hanya untuk membayar hutang-hutang.

Guan Eng mendakwa, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, hutang defisit negara semakin hari semakin bertambah dan hanya dikategorikan di belakang Korea Selatan pada kedudukan nombor dua di Asia Tenggara.

“Cuba fikirkan, setiap RM1 yang diperolehi rakyat, 47 sen daripadanya digunakan untuk membayar hutang. Jika kerajaan beri anda RM500, anda janganlah terlalu cepat ghairah kerana duit itu akan dihitung kembali di belakang hari,” ujarnya.

Beliau turut mencabar kerajaan BN dengan menyatakan hutang Pulau Pinang selepas diperintah oleh DAP telah kurang sebanyak 95 peratus dan menjadi sejarah baru satu-satunya negeri di Malaysia yang dapat mengurangkan beban hutang.

KOMEN : APA LAGI AGENDA DAN IMPIAN DAP....?

No comments: