DARI UTUSAN MALAYSIA
16/1/2012
Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, maklumat itu diperolehi hasil hubungan baik pihaknya dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa sekolah sekitar kawasan berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, pihak terbabit bukan sahaja mempromosi seks bebas kepada pelajar, malah mereka sanggup menaja kegiatan jijik itu dengan turut menawarkan tempat, minuman keras percuma, pil khayal selain menggalakkan bertukar-tukar pasangan.
"Keadaan diburukkan lagi apabila pelajar-pelajar ini tidak hadir ke sekolah dan tidak pulang ke rumah beberapa hari.
"Oleh itu, tindakan yang menyokong LGBT serta seks songsang mengumpan pelajar-pelajar ke pesta seks bebas adalah satu tindakan berniat jahat dan bertujuan merosakkan masa depan pelajar dan sistem kekeluargaan," katanya.
Beliau berkata demikian sebelum bermulanya mesyuarat JMM bersama 10 PIBG bagi menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Menangani LGBT di Ampang dekat sini hari ini.
JMM merupakan salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang begitu aktif menentang aktiviti LGBT kerana jelas perbuatan tersebut amat dilarang oleh agama serta bertentangan dengan moral dan fitrah manusia.
Azwanddin berkata, perkembangan yang berlaku itu amat menggusarkan hati ibu bapa apatah lagi aktiviti serta kumpulan LGBT turut mendapat sokongan golongan profesional seperti Majlis Peguam termasuk bekas Presidennya, Datuk S. Ambiga.
"Ibu bapa berasa cemas apabila melihat kenyataan golongan menyokong program seksualiti merdeka (berkaitan LGBT). Kumpulan ini cuba memberi persepsi palsu mengenai kebaikan program itu.
"Hakikatnya, LGBT dan seks bebas bukan hak asasi manusia tetapi ia merupakan satu perbuatan paling jijik. Islam mengharamkan perbuatan itu. Ia bertentangan dengan akidah Islam.
"Agama lain seperti Kristian, Buddha dan Hindu juga menolak perbuatan itu. Bukan itu sahaja, ada di antara perbuatan LGBT diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah antaranya liwat," ujarnya.
Ekoran perkembangan itu, Azwanddin berkata, JMM mengorak langkah mengadakan kerjasama lebih erat dengan seberapa banyak PIBG di Lembah Klang dan Selangor bagi menyedarkan ibu bapa mengenai bahaya LGBT.
"Kita perlu menyedarkan ibu bapa bahawa LGBT membawa kemudaratan kepada masyarakat serta keluarga, lebih-lebih lagi Islam mengharamkan perbuatan jijik itu," katanya.
Melalui kerjasama tersebut, katanya, JMM dan PIBG melakukan aktiviti di sekolah agar pelajar diberi pendedahan mengenai gejala LGBT yang kini dilihat semakin menular.
"Kita akan mengedarkan risalah serta mengadakan beberapa aktiviti bagi menerangkan kesan LGBT kepada agama, negara dan sosial jika perbuatan jijik itu dibiarkan begitu sahaja," katanya.
Undang-undang berkaitan homoseksual relevan
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini relevan dan berperanan luas dalam mengekang gejala di luar tabii yang melanggar kejadian semula jadi itu daripada terus menular.
Sambil membidas tindakan mempertikaikan undang-undang tersebut, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kewujudan undang-undang berkaitan homoseksual itu selaras dengan undang-undang Islam dan lain-lain peraturan agama di Malaysia.
Di dalam Perlembagaan, katanya, secara jelas menyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi dan tiada pihak boleh meminda undang-undang yang sememangnya selaras dengan agama Islam.
"Pada pendapat saya, kita tidak harus terikut-ikut dengan pendekatan hak asasi tajaan Barat. Undang-undang berkaitan homoseksual yang ada selaras dengan undang-undang Islam dan semua peraturan agama lain di Malaysia.
"Menghalalkan gejala homoseksual dan seumpamanya akan merosakkan reputasi negara kita pada mata dunia Islam sebagai negara Islam yang berpegang kuat kepada undang-undang agama itu di samping menjadi sebuah negara di ambang status negara maju.
"Kenapa kita harus merosakkan semua itu dengan meminda undang-undang sedia ada demi kepentingan kumpulan-kumpulan songsang ini? Saya rasa ini adalah untuk kepentingan politik peribadi jangka masa pendek yang dapat memberi kesan jangka panjang teramat besar kepada orang islam khususnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan seks songsang tersebut dengan menyifatkannya sebagai lapuk dan tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.
Pakar undang-undang, Prof. Dr. Roselina Ahmad Sufi berkata, kenyataan bahawa sesebuah undang-undang tidak relevan atau lapuk adalah tidak tepat kerana undang-undang yang dimaktubkan Parlimen adalah terpakai selagi ia tidak dimansuhkan.
Justeru, katanya, semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan perlu mematuhi dan mendaulatkan undang-undang tersebut.
"Jika terdapat pihak yang mengatakan ia tidak relevan, adalah wajar untuk kerajaan meneliti semula setelah mengambil kira pandangan semua lapisan rakyat berkenaan klausa-klausa mana yang tidak relevan.
"Namun begitu, pandangan hanya seorang individu atau segelintir pihak secara jelas tidak mencukupi," katanya.
No comments:
Post a Comment