Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 18 January 2012

PARASIT - BAGAIMANA DENGAN NIK AZIZ...


Parasit pemimpin Pas penyokong kuat Anwar
DARI UTUSAN MALAYSIA
18/1/2012



KUALA LUMPUR 17 Jan. - Dua bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin golongan parasit yang dimaksudkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali ialah pemimpin-pemimpin Pas yang selama ini menjadi penyokong kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Anuar Shaari (gambar) berkata, ia bukan satu rahsia malah usaha kumpulan itu untuk menguasai Pas telah lama dirancang termasuk ketika zaman kepimpinan Allahyarham Yusuf Rawa dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor, namun gerakan itu berjaya disekat.

Bagaimanapun, kata beliau, mereka akhirnya berjaya menyusup ke dalam Pas melalui pelbagai platform dengan bantuan Anwar dan kepimpinan DAP.

''Golongan ini telah ditolak secara total di zaman kepimpinan Ustaz Yusuf Rawa dan Datuk Fadzil Nor kerana kehadiran mereka lebih banyak memecah belahkan Pas ketika itu.

''Kini golongan parasit ini dilihat semakin menguasai Pas dengan bantuan Anwar dan DAP. Jelas, golongan ini telah membawa satu pendirian yang bertentangan dan liberal hingga mengelirukan ahli Pas sendiri,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Hasan dalam satu sidang akhbar semalam bahawa golongan parasit dengan jumlah semakin besar di samping menggunakan strategi begitu licik berjaya mengubah arah tuju Pas hingga berlaku pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor tersebut.

Anuar berkata, hakikatnya Anwar merupakan dalang di sebalik kemelut antara dua kelompok besar dalam Pas dengan berperanan sebagai pencatur bagi membolehkan golongan parasit 'mendaki tangga' lebih tinggi dalam hierarki kepimpinan PAS.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman berkata, golongan parasit yang dimaksudkan oleh Hasan ialah golongan 'anwarinas' yang dilihat berjaya merosakkan Pas, sekali gus mengetepikan suara golongan ulama.

''Golongan 'anwarinas' yang dahulunya tidak berkuasa tetapi sekarang sudah mula menunjukkan taring,'' katanya.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin pula berkata, sebahagian besar Jawatankuasa Pas Pusat kini dikuasai puak yang cenderung kepada Anwar.

Menurutnya, mereka meletakkan kedudukan Anwar melebihi segala-galanya dan kumpulan ini mula menyertai Pas selepas peristiwa reformasi 1998.

''Mereka datang daripada pelbagai kumpulan usrah. Mereka menjadi ahli Pas dengan misi mahu menakluk Pas. Kini setelah hampir 15 tahun, misi itu hampir tercapai.

''Mereka berjaya menjadikan Anwar sebagai tempat rujukan utama Pas. Kekuatan tipu daya Anwar pula menjadikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut terpedaya,'' ujarnya.

Dalam erti lain, beliau berkata, Pas sudah berada dalam genggaman Anwar kerana Ketua Pembangkang itulah yang mengasaskan gerakan parasit untuk menguasai parti itu hingga menyebabkan Pas mengubah matlamat perjuangannya.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, golongan parasit merupakan sekelompok pemimpin yang 'ditanam' oleh Anwar di dalam Pas.

''Parasit ini akan menjadi anai-anai yang memakan, mereput dan bakal meruntuhkan Pas dari dalam. Realitinya kelompok parasit ini telah pun menguasai Pas dan berjaya mengetepikan peranan ulama.

''Kejayaan parasit menguasai Pas akhirnya menjadi barah dan akan menjadi punca keruntuhan Pas,'' katanya.

KOMEN : SOKONGAN KUAT NIK AZIZ TERHADAP SEGALA TINDAK-TANDUK ANWAR DILIHAT SEBAGAI MENGHALAHKAN YANG HARAM... OLEH ITU ADAKAH NIK AZIZ TERGOLONG DALAM PUAK PARASIT INI?

No comments: