SATU LAGI PEMBONGKARAN KES MEMBABITKAN WARGA NIGERIA (Eksklusif!)
Hari ini agak memenatkan bagi saya, memandu dari Kota Damansara, Petaling Jaya, ke Kajang, Selangor. Bemula jam 5 petang, saya menempuh kesesakan Lebuhraya Persekutuan.
Biarpun beberapa kali tersesat saya tetap mencuba mecncari jalan ke Sri Hijau Kondomonium, Bandar Mahkota Cheras.
"Jalan terus, nanti awak nampak simpang tiga, belok kanan dan itu kondominium di sebelah kanan," kata lelaki India saya temui di stesyen minyak Shell di Bandar Sungai Long.
Saya kemudian memandu sambil mengikut arahannya, kurang 2 minit saya tiba di hadapan penempatan di papan tanda tertcatat 'Green Park Condominium'.
"Encik, bagaimana hendak pergi ke Sri Hijau Kondomonium?," soal saya kepada lelaki Cina bertubuh gempal.
Pergelangan tangan kiri dan kanan lelaki saya anggarkan berusia 50 an itu kelihatan berat dengan gelang emas besar. Dia kelihatan seperti 'taiko', abang besar, duduk bersama 5 pengawal keselamatan warga asing di pos pengawal pintu utama.
"Wah! Lu tarik kereta punya orang ke? Wa pernah tengok you punya muka tetapi lupa di mana," ujarnya.
Saya hanya mampu tersenyum. Barangkali berikutan rambut dipotong pendek, perawakan saya kelihatan tidak ubah seperti penarik kereta.
Walau bagaimanapun setelah diajukan soalan berhubung lokasi saya cari, melalui informasi dikongsikan, dia juga kurang pasti berhubung kedudukan sebenar kondominium terbabit.
Selepas hampir 2 jam memandu, akhirnya saya tiba di lokasi.
Ketika itu 8 pegawai dan anggota pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur kelihatan sedang beredar keluar dari kondominium berkedudukan agak terpencil itu.
Lazimnya saya cepat berasa bosan, jika tersesat pastinya saya akan berpatah balik dan pulang ke rumah. Rimas berada di dalam kenderaan terlalu lama di jalan sesak namun petang tadi keadaan sedikit berbeza. Semangat menjadi bekalanan kekuatan jiwa biarpun tubuh berasa penat dan mata mengantuk.
Pantas saya mengekori pasukan penguatkuasa undang-undang itu.
Pantas saya mengekori pasukan penguatkuasa undang-undang itu.
Terfikir, jika semangat setiap pegawai dan anggota pasukan JSJK bertugas itu tidak kental, pastinya warga Nigeria akan terus bermaharajalela memperdayakan lebih ramai wanita tempatan.
Saya berada bersama mereka dengan niat untuk mendedahkan satu lagi kes penipuan membabitkan warga berasal dari benua Afrika agar wanita Malaysia tidak terus ditipu dan mengelakkan tubuh mereka diratah secara percuma.
Kira-kira jam 7 malam, kami kemudian memasuki kawasan penempatan rumah teres mewah 2 tingkat.

Sebaik kenderaan diberhentikan pasukan bertugas meluru keluar menuju ke rumah sasaran. Saya mengekori mereka rapat sambil tidak berhenti merakamkan gambar untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini.
"Open the door! We are police officers!," teriak mereka.
Ketua pasukan, ASP Hazri Mohamed juga berada di muka pintu bersama anggota beliau. Berulangkali penghuni rumah diarahkan membuka pintu namun seperti dijangka, arahan itu tidak dipatuhi malah saya terlihat kelibat mereka bergegas ke dapur rumah untuk memboloskan diri.
Mangga kunci terpaksa dipotong.
Benar jangkaan awal saya, lelaki Nigeria tinggal di rumah terbabit berjaya melarikan diri melalui tingkat dapur.
Rumah ditinggalkan kosong. Bilik berbau hapak kelihatan bersepah.
Beberapa komputer riba masih terpasang di ruang tamu, begitu juga dengan televisyen plasma.
Mujur pasukan bertugas tidak mengenal erti kecewa. Mereka berasa yakin suspek masih berada di kawasan sekitar kerana laluan di belakang deretan rumah itu berpagar.
Mustahil suspek mampu memboloskan diri terlalu mudah.
Beberapa penduduk di kawasan sama keluar dari rumah sekaligus membantu polis memburu suspek menyembunyikan diri.
"Dia orang ada di dalam rumah kosong itu!," jerit anggota bertugas.
Saya meluru ke arah rumah dimaksudkan.
"Dia orang ada di dalam rumah kosong itu!," jerit anggota bertugas.
Saya meluru ke arah rumah dimaksudkan.
Dua anggota polis bersama saya kemudian memanjat pagar besi rumah, saya mengikuti tindakan mereka. Pada masa sama, beberapa anggota lain bertindak mengawasi kawasan di lorong belakang rumah dalam pembinaan itu.
Untuk rekod, saya kini tidak lagi mengendalikan program 999, tugasan terbaru saya bersama Majalah 3. Justeru saya tidak ditugaskan untuk membuat liputan terbabit. Namun selepas selesai semua urusan di pejabat, saya masih bersemangat membantu pihak berkuasa membongkar sekaligus mendedahkan kes jenayah kolar putih itu sebagai tanggungjawab sosial kepada semua rakyat Malaysia.
Pihak berkuasa mampu melaksanakan ribuan operasi tetapi jika usaha murni mereka itu tidak didedahkan maka maklumat tepat tidak dapat dikongsikan bersama masyarakat Malaysia.
Pihak berkuasa mampu melaksanakan ribuan operasi tetapi jika usaha murni mereka itu tidak didedahkan maka maklumat tepat tidak dapat dikongsikan bersama masyarakat Malaysia.
Justeru setelah selesai membaca entri ini, mohon semua pembaca menyebarkan kandungan di Facebook dan emel.
Semoga liputan eksklusif saya berbaloi untuk merealisasikan matlamat itu.
"Sit down! Sit down! Don't move!," jerit dua anggota polis berada di tingkat atas.
Pantas saya meluru ke atas dan didapati sewaktu berlaku pergelutan kerangka tingkap sedang dibina terjatuh ke atas dua suspek berjaya diberkas.

Saya berasa terlalu kagum melihat ketangkasan anggota polis bersaiz sederhana terbabit kerana mudah menundukkan 2 lelaki Nigeria bertubuh sasa dengan ketinggian melebihi 6 kaki.
Tiada senjata digunakan, mereka hanya bertangan kosong.
Tiada senjata digunakan, mereka hanya bertangan kosong.
Lihat tubuh perkasa digunakan untuk meratah setiap inci tubuh teman wanita mereka, warga Malaysia.
"Abang tengok, tadi dia orang masuk ke rumah kosong ini melalu tingkap," ujar anggota polis berdiri di ruang dapur.
Mereka polis bertubuh kecil tetapi bersemangat besar, itu rumusan saya setelah berulangkali menyertai operasi bersama pasukan sama.
Keberanian mereka berhadapan dengan lelaki NIgeria tidak mampu disangkal.
Sekalung penghargaan kepada pegawai atasan mereka di Bukit Aman kerana merestui usaha saya membikin liputan operasi bersama pegawai dan anggota JSJK terbabit.

"Those police officers didn't simply come here for nothing, right?," soal saya kepada mereka.
Tiada jawaban kedengaran.
"Right?," soal saya sekali lagi.
"Yes," balas mereka serentak.
Lirik mata mereka mengekori sewaktu saya merakamkan gambar skrin komputer riba berhampiran sofa. Dua lelaki diberkas di rumah kosong itu dipercayai sedang berbual menggunakan Yahoo Messenger sewaktu rumah mereka diami diserbu.
Akibat panik, mereka bergegas melarikan diri tanpa berpeluang memadamkan semua maklumat di skrin komputer terlebih dahulu.

Jika suspek tidak diberkas oleh pihak polis, ramai wanita antara mereka berasal dari Malaysia, Singapura dan Hong Kong berkebarangkalian diperdayakan dek lelaki Nigeria terbabit.
"What do you study here?," soal saya.
"English," spontan mereka membalas.
Jelasnya suspek berusia di antara 24 dan 33 tahun, mendakwa pelajar kolej swasta, amat bijak menanam tebu di tepi bibir.
"What do you study here?," soal saya.
"English," spontan mereka membalas.
Jelasnya suspek berusia di antara 24 dan 33 tahun, mendakwa pelajar kolej swasta, amat bijak menanam tebu di tepi bibir.
Saya sempat meninggalkan pesanan ringkas kepada seorang daripada wanita berbual dengan suspek sebelum rumah itu diserbu.
Setelah diperiksa secara teliti, empat suspek diberkas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Mereka mendakwa tinggal di negara ini di antara 6 dan 12 bulan.
Kisah lebih tragis saya bongkar di luar rumah teres diserbu.
Di lokasi serbuan pertama, pasukan JSJK turut menahan 2 wanita tempatan berusia 30 dan 32 tahun berbangsa Melayu dan India bersama dua teman lelaki mereka.
Dua anak kecil bersama wanita Melayu berusia 3 tahun dan 2 bulan menarik perhatian saya.
Saya kemudian menghampiri kenderaan terbabit.
"Kalau encik Mazidul hendak ambil gambar, boleh tetapi jangan rakamkan gambar muka kita orang. Nanti terkenal pula kita satu Malaysia ini," pinta wanita India fasih berbahasa Melayu itu.
"Kalau encik Mazidul hendak ambil gambar, boleh tetapi jangan rakamkan gambar muka kita orang. Nanti terkenal pula kita satu Malaysia ini," pinta wanita India fasih berbahasa Melayu itu.
Lantas saya menunaikan permintaannya.
"Saya peminat encik, suka tengok encik dalam TV. Nampak sudah kurus sedikit, kerja teruk ke?," celah wanita Melayu berasal dari Melaka sambil menyusukan anak dipangku.
Saya tertawa, barangkali dia bukan peminat tetapi meminati kes pernah saya paparkan sewaktu bertugas sebagai wartawan penyiaran program 999.
"Makan hati berulam jantung sebab terlalu lama mencari teman wanita warga Nigeria, sampai sekarang tidak berjumpa," gurau saya pula.

"Ini anak awak ke?," soal saya kepada bekas jururawat itu.
Saya merujuk kepada bayi di pangkuannya.
"Bukan. Saya kasihan melihat anak perempuan saya itu, dia tidak ada kawan. Lalu saya mengambil bayi ini, anak perempuan Melayu dengan warga Nigeria, sebagai anak angkat. Biar dia tidak kesunyian, warna kulit pun sama," guraunya sambil tertawa.
Saya dimaklumkan, ibu sebenar bayi itu menetap di Gombak, Selangor.

Anak kecil di atas didapati petah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Melayu namun sedikit lasak. Saya percaya pada usia terlalu mentah, dia tidak mengetahui keadaan sebenar.
"Berapa lama awak duduk dengan teman lelaki Nigeria itu?," tanya saya lagi.
Dia kelihatan selesa berbual.
"Berapa lama awak duduk dengan teman lelaki Nigeria itu?," tanya saya lagi.
Dia kelihatan selesa berbual.
"Dulu saya pernah berkahwin dengan lelaki Nigeria, dapat anak perempuan itu. Kami kemudian berpisah dan dia balik ke UK. Selepas itu saya terjumpa dengan lelaki Nigeria seorang lagi itu (gambar di atas) dan duduk serumah dengan dia sejak bulan April tahun lalu," jelasnya selamba.
Teman lelaki wanita Melayu itu beragama Kristian justeru menurutnya mereka tidak pernah bernikah.
Saya difahamkan mereka diberkas dipercayai terbabit dalam kes Nigerian Scam, memperdayakan mangsa mengakibatkan kerugian kira-kira RM100,000. Untuk rekod, wanita Melayu itu pernah diberkas di Melaka kerana dilaporkan terbabit dalam kes penipuan menggunakan internet pada Jun 2010.
Simpati saya melihat keadaan bekas jururawat itu sebangsa dengan saya itu.

Dia kehilangan pekerjaan akibat memburu kasih sayang lelaki Nigeria. Setelah berpisah dia berstatus penganggur kini terpaksa menyara 2 anak.
Saya difahamkan, status keaslian surat kelahiran bayi itu diragui.
Spontan timbul persoalan di benak fikiran saya, bagaimanakah nasib mereka anak-beranak selepas ini?
Spontan timbul persoalan di benak fikiran saya, bagaimanakah nasib mereka anak-beranak selepas ini?
No comments:
Post a Comment