Serah salinan perisytiharan harta kepada SPRM
DARI UTUSAN MALAYSIA19/1/2012
PUTRAJAYA 18 Jan. - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mencadangkan salinan perisytiharan harta anggota pentadbiran awam Persekutuan termasuk ahli Kabinet diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memudahkan kerja siasatan jika keadaan memerlukan.
Pengerusinya, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata, pelaksanaan cadangan tersebut akan membolehkan SPRM mendapatkan maklumat aset yang dimiliki anggota pentadbiran awam, pasangan dan anak mereka tanpa perlu merujuk kepada Jabatan Perdana Menteri yang menyimpan dokumen berkenaan.
Menurutnya, LPPR telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Disember lalu serta mendapat reaksi positif daripada beliau.
''Semua anggota pentadbiran awam Persekutuan perlu isytiharkan harta dan kita cadangkan apa yang telah diisytiharkan di JPM, satu salinan diserah dan disimpan di pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM.
''Kita berasa bangga kerana cadangan ini akan dipertimbangkan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ditanya kemungkinan SPRM turut menyimpan maklumat anggota pentadbiran awam kerajaan negeri, Zaitun Zawiyah berkata, cadangan itu akan diambil kira selepas pelaksanaan di peringkat Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap pengisytiharan harta oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang boleh merangkumi nilai aset yang dimiliki pasangan dan anak masing-masing.
''Kerajaan Pulau Pinang juga dicadangkan supaya lakukan pengisytiharan dalam bentuk akuan berkanun dan bukannya akuan peribadi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Zaitun Zawiyah mahu penerimaan dana politik dilakukan atas nama parti politik dengan disertakan resit rasmi.
''Ramai mendakwa ada unsur penyelewengan dalam dana politik dan oleh itu kita cadangkan supaya semua dana itu dikutip secara telus dan diterima atas nama parti dan bukannya atas nama individu.
''Ahli-ahli parti berhak untuk mengetahui apa yang diterima dan bagaimana ia dibelanjakan," katanya.

KOMEN : MEREKA INI AJE KE....? ITU AHLI PERLIMEN DAN ADUN TU DIBAYAR GAJI JUGA OLEH KERAJAAN... KENAPA MEREKA TIDAK TERMASUK DALAM SENARAI YANG DIPANDANG JADI KAYA-RAYA SEKELIP MATA... BERFIKIRLAH SECARA MENYELURUH... BARULAH ADA KEADILAN...
No comments:
Post a Comment