Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 9 January 2012

Dendam United berbalas singkirkan City


DARI UTUSAN MALAYSIA
9/01/2012




Danny Welbeck melakukan percubaan yang menghasilkan gol kedua Manchester United pada perlawanan Piala FA menentang Manchester City di Stadium Etihad, semalam. - REUTERS

MANCHESTER - Manchester United menyingkir juara bertahan, Manchester City daripada saingan Piala FA pada pusingan ketiga semalam dengan kemenangan 3-2 dalam perlawanan yang penuh insiden di Eastlands.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan United melunaskan dendam akibat dimalukan 1-6 oleh City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Wayne Rooney menjaringkan dua gol, manakala pemain pertahanan City, Vincent Kompany pula diperintah keluar padang selepas menerima kad merah pada minit ke-15.

Paul Scholes melakukan kejutan keluar dari persaraan untuk membantu United pada aksi semalam.

United tidak menunggu lama untuk mendahului City apabila Rooney mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-10 menerusi tandukan yang tepat ke penjuru gawang hasil hantaran lintang Antonio Valencia.

City tersentak lagi dua minit kemudian, kali ini bukan tambahan gol daripada United tetapi pertahanan mereka, Kompany diperintah keluar padang kerana melakukan terjahan kasar ke atas Nani.

Selepas setengah jam, United berjaya menambah gol kedua, kali ini menerusi Danny Welbeck yang menyudahkan hantaran pemain pertahanan kiri Patrice Evra melalui rembatan dari dalam kawasan penalti.

Pasukan bimbingan Alex Ferguson menambah gol ketiga pada minit ke-39 selepas Alesandar Kolorov menjatuhkan Welbeck di dalam petak penalti. Sepakan Rooney berjaya diselamatkan Costel Pantilimon namun Rooney pantas menanduk masuk bola yang ditampan penjaga gol City.

Kolorov berjaya menebus kesilapannya selepas tiga minit babak kedua apabila menjaringkan gol menerusi sepakan bebas yang menewaskan penjaga gol United, Anders Lindegaard.

City meraih jaringan kedua pada minit ke-64 apabila Scholes membuat kesilapan, membolehkan James Milner melakukan hantaran lintang sebelum disudahkan Sergio Aguero. - AFP

No comments: